Resipi Laksa Ala Aeon Paling Mudah Buat & Sangat Sedap

Share

Bagi para peminat laksa Aeon pasti ada yang pernah rasa sajian yang dijual di pasar raya terkemuka tu kan? Bila lalu depan kiosk, semerbak bau harum kuah laksanya. Pekat, masam, masin memang lengkap. Terasa nak cuba masak menu ni untuk keluarga? Resipi perkongsian saudari Hajal Aishah Zakirai ni boleh dicuba. Pasti puas hati.

 

CARA

MASAK LAKSA ALA AEON YANG SEDAP & SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus laksa – celur hingga lembut
  • 3 biji bawang merah
  • 1 paket pes asam pedas
  • 2 tin kecil sardin ( 1 tin buang sos, 1 tin tidak perlu buang sos)
  • Sedikit belacan
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 keping asam gelugur
  • Air secukupnya
  • 1 paket fishball
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • Hirisan bawang
  • Hirisan timun
  • Hirisan cili padi
  • Limau kasturi
  • Telur rebus
  • Petis @ otak udang jika suka

CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang merah, belacan, pes asam pedas dan sardin hingga halus.
2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan juga asam gelugur, bunga kantan, daun kesum dan air secukupnya.


3. Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Tambahkan juga fishball.


4. Kacau sebati dan didihkan seketika. Padamkan api.
5. Untuk menikmatinya, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tambahkan bahan-bahan hiasan.


6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hajal Aishah Zakirai

 

Tercari-cari AIR FRYER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

https://rasa.my/rahsia-masak-tomyam-secepat-sesedap-seperti-di-kedai-ala-luq/

 

IKLAN