Resipi Kulit Karipap Rangup, Sukatan Cawan & Sukatan Timbang

Share

Nak buat karipap memang senang, tapi untuk mendapatkan kulit mengikut seperti yang kita nak, agak sukar sedikit.

Sama ada karipap kulit licin atau berjerawat, kedua-duanya ada cara tersendiri. Yang penting, resipi kulit karipap kenalah betul.

Jom kita buat ikut resipi Iskandar Muadz yang ada dua versi iaitu sukatan cawan dan sukatan timbang.

RESIPI KULIT KARIPAP VERSI TIMBANG

BAHAN-BAHAN:

550gram tepung gandum (saya guna cap lili, tak wajib guna jenama ni, cuma tepung ni je serasi) – beli online di sini 


50gram tepung jagung – beli online di sini
60gram minyak masak – beli online di sini
60gram marjerin – beli online di sini
260gram air biasa
Garam

 

VERSI SUKATAN CAWAN

BAHAN-BAHAN:

4 cawan tepung (3 ¾ cawan tepung gandum, kemudian penuhkan dengan tepung jagung, jadikan 4 cawan keseluruhan)
¼ cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
1 cawan air biasa
Garam

TONTON Dapur Rasa Live: Muffin Coklat Biscoff Lotus 

TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja

CARA-CARA:

1. Masukkan tepung, marjerin, garam dalam bekas. Gaul-gaul bagi rata ye.
2. Panaskan minyak masak. Dah panas, masukkan dalam adunan tadi.
3. Kacau-kacau dengan senduk tau, kang melecur tangan. Bila dah kacau, baru guna tangan. Ramas-ramas tepung tu biar macam serbuk roti.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Kemudian masukkan air. Gaul dan uli sampai lembut. Yang guna sukatan cawan, jangan habiskan air terus. Tuang sedikit demi sedikit. Tak cukup tambah lagi.
5. Yang guna versi timbang, taka da masalah. Boleh masukkan terus air tu.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Uli sampai lembut. Terus buat. Kalau saya, saya biarkan dulu sejam. Nak bagi doh keluar minyak. Jadi lembut sikit nak buat. Tapi nak terus buat pun boleh, tak ada masalah.
7. Bab goreng tu ikut suka. Kalau nak berjerawat, pastikan minyak betul- betul panas. Kemudian, kecilkan api, baru masuk karipap. Timbul jerawat.
8. Yang suka licin, masukkan karipap semasa panas sikit-sikit. Selamat mencuba.

*Ini cara saya ye. Saya memang tak cairkan dengan minyak.

Kredit resipi: Iskandar Muadz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN