Resipi Kuih Siput Rangup. Kudap-Kudap Paling Mudah & Cepat Nak Buat.

Share

Tidak kira masa, Kuih Siput rangup ni memang laris. Nak buatnya pun mudah je. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Lah Pink

ni. Berbaloi sangat.

RESIPI KUIH SIPUT RANGUP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan gula halus
  • 2 paket serbuk kari kecil
  • 1 sudu teh garam
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 biji telur
  • Daun kari

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dan uli hingga sebati.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan cubit doh kuih siput tadi.
  3. Gelekkan doh pada acuan kuih siput, masukkan ke dalam minyak panas ebrsama daun kari dan goreng hingga garing.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Lah Pink

IKLAN