Kuih Peneram Tradisi. Hanya 5 Bahan & Sukatan Guna Cawan Je

Share

Kuih Peneram adalah sajian tradisi yang masih digemari hingga kini. Apa istimewanya kuih ini adalah rasanya yang enak malah bahan-bahannya setakat lima ramuan sahaja. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.

RESIPI KUIH PENERAM TRADISI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

4 cawan tepung beras cap gajah 3beli online disini
2 sudu besar tepung gandum beli online disini
1 cawan gula merah (*) beli online disini
1 cawan gula pasir (*)
1 cawan air (*)

CARA MEMASAK:
1. Campur bahan-bahan yang bertanda (*) dan masak sampai mendidih.
2. Bila sudah siap, terus tuang ke dalam tepung. Kacau tepung sampai sebati guna senduk. Jangan guna tangan pula kerana air gula tu panas.
3. Bila sudah siap digaul, perap selama 4 @5 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.

4. Dah siap perap, bolehlah tekap dengan acuan dan goreng.

Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.

 

Kredit resipi & foto: Zalina Zali 

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN