Resipi Kuih Lopes Versi Masak Guna Rice Cooker. Senang, Cepat & Menyelerakan!

Share

Teringin nak makan Kuih Lopes? Jika guna cara ni memang mudah. Anda tak perlu kukus dan tak payah gulung dalam daun pisang. Sesuai sangat buat berbuka atau moreg. Jom cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani.

KUIH LOPES ‘RICE COOKER’

BAHAN PULUT:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau – jika perlu
  • Kelapa parut secukupnya

BAHAN AIR GULA MELAKA

  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan gula perang
  • 5 cawan air
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.

2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.

3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)

4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.

5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat.  Ketepikan.

6. Sedia untuk dinikmati bersama pulut tadi.

Kredit resipi & foto: Shahera Ilani

IKLAN