Resipi Kuih Lompang Sedap & Mudah Guna Sukatan Cawan.

Share

Sedapnya Kuih Lompang perkongsian Opah Mas Cotek ni. Kuih tradisional tapi punya ramai peminat tak kira tua atau muda. Ramai beranggapan, kuih orang lama macam ni susah nak buat. Tapi sebenarnya, ia sangat mudah malah bahan-bahannya sangat ringkas dan senang diperolehi. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kuih Lompang yang mudah, lembut dan sedap untuk minum petang

, resipi ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK KUIH LOMPANG YANG MUDAH, LEMBUT & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • Sedikit air kapur
  • Pewarna pilihan
  • Kelapa parut putih – gaul dengan sedikit garam
  • Acuan lompang secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, tepung ubi, gula pasir, air dan air kapur. Sebatikan hingga gula larut. Tapis adunan jika perlu.


2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai.

3. Ambil acuan lompang, oleskan sedikit minyak masak.
4. Tuang adunan lompang hingga memenuhi 3/4 acuan.
5. Kukus kuih selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.


6. Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.


7. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

ANDA JUGA BOELH CUBA MENU-MENU LAIN. MANTAPPPP…..

 

IKLAN