Cara Masak Kuih Lepat Liat Kampung Yang Mudah, Sedap & Guna Sukatan Cawan.

Share

Sajian tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian saudari Mas Cotek ni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawan

sahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.

 

KUIH LEPAT LIAT

BAHAN A:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula

BAHAN B:

  • Daun pisang untuk membungkus
  • Kelapa parut ( gaul dengan sedikit garam) – untuk inti / jika suka

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul.

2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan.

3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit. 

4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.

5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya.

6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.

7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.

8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak. ( empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan.)

9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

IKLAN