Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang

Share

Enaknya jika dapat menikmati Kuih Jongkong

yang sedap. Lemak lembut, memang tidak puas dimakan. Bagi anda yang menggemari kuih tradisional ini, bolehlah cuba hasilkan sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Kia Cater. Sangat mudah. Pasti puas hati bila lihat hasilnya. Jom cuba!

 

CARA MEMBUAT KUIH JONGKONG SEDAP SECARA HOMEMADE

BAHAN ADUNAN PANDAN:

1 cawan tepung beras (cap Gajah 3) beli online disini
5 sudu makan (penuh) tepung ubi beli online disini
4 cawan air kisaran daun pandan
1 cawan santan
Sedikit garam
2 sudu air kapur beli online disini
Sedikit pewarna hijau beli online disini

BAHAN ADUNAN SANTAN:
1 cawan tepung beras beli online disini
5 sudu tepung ubi beli online disini
5 cawan santan
Sedikit garam

BAHAN AIR GULA:
Gula melaka beli online disini
Gula pasir beli online disini
Daun pandan

BAHAN-BAHAN LAIN:
Gula merah secukupnya beli online disini
Daun pisang – dibersihkan dan dilayur

CARA MEMASAK:
1. ADUNAN PANDAN: Satukan semua bahan dan kacau hingga tepung larut.
2. Kacau mesra adunan dan masak guna api sederhana hingga pekat.
3. Pastikan tekstur adunan agak lembut. Jika keras, tambah air panas.


4. ADUNAN SANTAN: Satukan semua bahan-bahan untuk adunan santan. Sebatikan dan masak atas api. Jika adunan keras, tambah sedikit air panas. Paling sedap jia adunan lembut-lembut sahaja dan tidak keras.
5. AIR GULA: Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut. Ketepikan dan biarkan sejuk.

6. Untuk membuat Kuih Jongkong, ambil daun pisang yang telah dilayurkan dan sudukan gula merah.
7. Kemudian letak adunan pandan diikuti adunan santan dengan secukupnya.


8. Bungkus Kuih Jongkong dengan kemas dan kukus selama 15 minit.


9. Tunggu kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dihidang. Tuang air gula sewaktu dinikmati.

Kredit resipi & foto: Kia Cater

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN