Kuih Topi @ Cucur Topi. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Lebih terkenal di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Jika di kawasan lain, ada yang panggil kuih ni dengan nama Cucur Jawa. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi tak ada yang jual, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je.
RESIPI KUIH CUCUR TOPI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula – kurangkan jumlah jika kurang gemar manis
1 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).
Ads
3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust suhu api.
4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.
Ads
5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.
Buat kuih lapis ni kena kreatif, sekarang ni macam-macam warna lapisannya. Janji lembut dan rasanya berlemak manis. Resipi dari Maria Zainal ni memang menariklah, Guna sukatan cawan aje. Lebih senang diikut.
Tiga jenis tepung ni paling utama tepung beras, tepung gandum dan tepung ubi. Gunakan santan secukupnya. Baru nikmatnya berganda. Pemilk resipi menamankannya Kuih Lapis Terancam…tapi min rasa nampak mengancam selera aje..hihi
KUIH LAPIS TERANCAM
BAHAN-BAHAN :
2cwn tepung beras 3/4cwn tpg gandum 2sdb tpg ubi 4 1/2cwn santan dr sebiji kelapa (sy blender kelapa tu) 1cwn gula (jgn sampai penuh sgt yer…kurangkan manis…) 1/2sdt garam Pewarna kesukaan(sy ltk emulco pandan+pewarna ijo epal….warna pink…emulco coklat …)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kukusan hingga air mendidih. 2. Letak warna kesukaan, sapu loyang dengan majerin atau minyak. 3. Masukkan dua senduk adunan dalam loyang dan kukus lima minit. 4. Ulang pada lapis seterusnya, setiap lapis 5 minit aje. 5. Lapisan terakhir kukuk 15 minit, sejukkan dan betul sejuk baru potong
TIPS : Semasa nak masukkan lapisan yg seterusnya, lap bahagian bawah penutup periuk kukus.(kena rajin sikit yer) Masa nak potong kuih empunya resipi sarankan guna pisau plastik.
FB Grup Loyang dan Acuan Resepi : Mariana Zainal
AND JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kala semua pulang ke kampung, SOP jangan pula dilupa. Bila dah sampai di kampung, rai lah kedua ibu bapa dengan menu minum petang yang mereka suka. Sambil berbual dan nikmati kuih buatan anak, pasti tersenyum gembira orang tua kita.
Belebat keledek oren Bahan-bahan: 2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung jagung (pilihan)-BELI ONLINE DI SINI 4 cawan santan-BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan gula 1 sudu kecil garam 1/2 kg keledek oren
Cara memasak:
1.Keledek dikupas dan dipotong dadu.Basuh dan rendamkan (1/2 jam).Didihkan air.Toskan keledek.Masukkan ke dalam loyang.Gaulkan dengan 1/2 sudu kecil garam dan kukus keledek selama 15 minit atau hingga masak (jangan sampai empuk).Bila dah masak ketepikan. 2.Bancuhkan bahan-bahan lain dalam sebuah periuk.Kacau rata hingga sebati.
3.Buka api perlahan sahaja.Kacau bancuhan hingga likat dan mula nak berketul.masukkan keledek.Kacau perlahan hingga berketul.Tutup api dapur,biarkan adunan sejuk.
4.Basuh daun pisang.layur daun di atas api dapur.lapkan hingga bersih.Potong daun pisang kepada bahagian kecil (lebih kurang besar tapak tangan).
5.Sudukan adunan keledek ke dalam daun.Bungkus seperti bungkusan nasi lemak.Susun ke dalam kukusan. 6.Didihkan air.kukus kuih selama 10-12 minit.bila dah masak, angkat dan biarkan sejuk sedap dimakan.
Kuih lopes merupakan antara hidangan minum petang yang sentiasa mendapat permintaan ramai. Tak kira golongan tua ataupun muda, ramai yang menggemarinya.
Manakan tidak, gabungan pulut beraroma daun pandan yang disaluti kelapa parut. Disertai pula dengan curahan air gula Melaka pastinya membangkitkan rasa untuk menikmatinya. Jom kita cuba resipi mudah ini.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dicuci bersih. Kemudian, rendam dengan air, pewarna hijau dan air kapur selama satu hingga dua jam. Jika menggunakan beras pulut susu, cukup direndam selama setengah jam.
2. Kisar daun pandan bersama setengah cawan air. Kemudian, tapis dan ketepikan dahulu.
3. Selepas itu, toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dalam loyang.
4. Masukkan santan, air daun pandan dan garam. Gaulkan sebati.
5. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan dikukus hingga air masak atau 3/4 masak.
6. Apabila santan telah kering, kacau rata agar pulut tersebut masak dengan sekata. Kukus sekali lagi dan kemudian angkat. Sejukkan seketika pulut tersebut.
7. Apabila pulut selesai masak, anda boleh memilih sama ada ingin dimasukkan ke dalam loyang yang kemudiannya akan dipotong segi tiga.
Ataupun masukkan ke dalam daun pisang, dibentuk bulat lalu diikat seperti lontong.
8. Bagi yang tidak memiliki daun pisang, boleh juga guna kaedah seperti ini. Masukkan pulut ke dalam plastik jernih (plastik lauk) dan dibentukkan bulat menggunakan sushi mat.
9. Selesai dipotong segi tiga ataupun bulat, bolehlah digaulkan dengan kelapa parut yang telah diletakkan sedikit garam dan dikukus seketika.
AIR GULA MELAKA
Untuk membuat air gula Melaka, masak hingga likat kesemua bahan di atas. Sesudah itu, bolehlah dicurahkan di atas kuih yang telah dipotong tadi untuk dinikmati.