Makan

Resipi Kuih Cara Manis Sedap & Mudah. Buat Guna 2 Cawan Tepung Je

Share

Sedapnya Kuih Cara Gula ni. Ia adalah salah satu kuih tradisional yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Paling penting, kena ada acuan Kuih Cara. Kalau tiada, mungkin boleh cuba buat guna acuan Takoyaki. Cuma, bentuknya pasti berbeza.
Kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kurang gemar rasa manis gula? Boleh sahaja letak inti. Nanti jadilah ia Kuih Cara berlauk. Asas dohnya sahaja yang sama. Kalau nak letak inti coklat pun boleh. Silalah cuba ikut kreativiti masing-masing.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Miza Abdullah

ni. Pasti anda puas hati dengan hasilny.

CARA MASAK KUIH CARA GULA YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum beli online disini
1 cawan air kisaran daun pandan
1 cawan santan pekat beli online disini
1 cawan air
Sedikit garam
Gula untuk inti
Minyak untuk oles acuan
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan kecuali gula dan minyak masak. Kisar hingga sebati. Lebih mudah guna blender untuk mengadun supaya semau bahan bercampur rata.
2.Ambil acuan dan oles minyak masak dengan secukupnya.
3. Tuang sedikit adunan tepung tadi ke dalam acuan. Biarkan seketika.
4. Bila kuih sudah nampak garing diluar, sudukan gula dengan secukupnya. Jika letak gula awal, gula akan tembus dan melekat pada acuan.
5.Kuih Cara yang sudah garing dan sedia untuk diangkat. Ulang proses masak hingga habis adunan.
6. Kuih Cara Gula siap disediakan. Satu adunan boleh dapat 27 biji kuih bergantung pada jenis acuan.

Kredit resipi & foto: Miza Abdullah

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN