Resipi Kuih Cara Berlauk Mudah & Sedap Yang Guna Inti Tuna.

Share

Biasa lihat tuna dalam tin yang tertera ‘ketulan tuna dalam air’ yang banyak dijual di pasaraya? Kalau nak tahu, tuna jenis ini didatangkan tanpa campuran perisa lain dan anda boleh gunakannya untuk hasilkan pelbagai jenis masakan enak. Sangat mudah dan menjimatkan masa. Salah satu menu paling best yang boleh masak guna tuna ni ialah jadikannya sebagai inti Kuih Cara

Berlauk. Memang sedap! Jom cuba. Pasti puas hati.

 

KUIH CARA BERLAUK EKSPRESS INTI TUNA

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 200ml santan
  • 1 ½ cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Secubit garam

BAHAN INTI:

  • 1 tin tuna dalam air
  • 1 biji cili merah
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 tangkai daun sup
  • Tomato ceri secukupnya | dipotong 4
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum, telur dan santan. Gaul sebati.

2. Letakkan pewarna, garam dan air. Bancuh adunan hingga sebati dan tak berketul. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk lain, campurkan tuna, daun bawang, daun sup dan hirisan cili. Gaul rata.

4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.

5. Sapu sedikit minyak pada acuan dan panaskan menggunakan api kecil.

6. Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan sudukan inti serta tomato ceri.

7. Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.

8. Setelah kuih masak, angkat dan ulang langkah hingga adunan habis.

9. Sedia untuk dinikmati.

 

IKLAN