Ads

Resipi Kuih Bingka Pandan Paling Mudah & Dijamin Menjadi.

Kuih muih tradisional seperti Kuih Bingka Pandan ni memang ada ramai peminat. Namun tidak ramai yang berani nak cuba masak sendiri kerana rasa ia susah untuk dihasilkan. Nampaknya persepsi anda bakal berubah kerana resipi perkongsian saudari Siti Zubaidah ini memang mudah. Jadi bolehlah cuba nanti. Pasti puas hati.

 

CARA BUAT KUIH BINGKA PANDAN

Ads

 

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air kisaran pandan (boleh juga guna air + esen pandan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan santan
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna hijau secukupnya
  • Bijan secukupnya

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) dan kisar @ pukul hingga sebati.
  2. Ambil loyang bersesuaian, masukkan 2 sudu makan minyak masak. Ratakan.
  3. Panaskan loyang dalam ketuhar. Bila minyak dah panas, masukkan bancuhan kuih tadi. Tabur bijan dipermukaannya ( jika suka).
  4. Bakar kuih bingka pada suhu 180C sehingga nampak keperangan, garing dan masak di dalamnya.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Kuih Bingka Pandan Paling Mudah & Dijamin Menjadi.

Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Creamy Lemon Prawn Pasta Paling Sedap & Creamy, Rasa Kafe Tapi...

Creamy Lemon Prawn Pasta yang creamy, segar dan tidak muak. Resipi ringkas ala kafe ini mudah dibuat di rumah dengan bahan ringkas.