Resipi Kuih Bakar Tradisi. Lembut, Lemak Manis Memang Sedap.

Share

Kuih Bakar tradisi ni memang unik dan mempunyai rasa asli. Bahan-bahannya tak banyak malah sangat mudah didapati. Cara memasaknya juga mengekalkan gaya lama. Namun jika tiada acuan bersesuaian, boleh sahaja guna acuan Kuih Cara, acuan muffin atau sebagainya dan masak menggunakan ketuhar atau dapur gas. Paling penting, rasa aslinya tetap sama. Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek

ni. Pasti menjadi dan puas hati.

 

CARA MASAK KUIH BAKAR TRADISI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 1/2 cawan gula
  • 1 kg santan pekat
  • 3 cawan jus pandan ( kisar 20 helai daun pandan)
  • 2 1/2 cawan air
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

1. Dalam mangkuk besar yang bersesuaian, satukan semua bahan.

2. Adun hingga sebati dan tidak berketul. Jika perlu, boleh tapis adunan. (boleh juga campur dalam pengisar dan blend sebati)

3. Panaskan acuan dan oles sedikit minyak. Ia bertujuan supaya kuih masak dengan cantik dan tidak melekat.

4. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar hingga masak.

5. Untuk memasak Kuih Bakar, jika tiada dapur arang, boleh juga guna dapur gas, ketuhar dan lain-lain mengikut kesesuaian.

6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto:   Mas Cotek

 

Tercari-cari OVEN baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi KUIH MUIH? Boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN