Resipi Kuih Bakar Pandan Sedap Untuk Minum Petang

Share

Kuih Bakar Pandan memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Nur Aisyah Nasa ni? Tak susah pun. Jom cuba!

 

RESIPI KUIH BAKAR PANDAN

BAHAN-BAHAN:

8 helai daun pandan
1 cawan air


2 cawan santan beli online disini
2 cawan tepung gandum beli online disini
1 cawan gula beli online disini
3 biji telur
2 sudu besar margerin beli online disini
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla beli online disini
1 sudu kecil pewarna hijau (optional) beli online disini
Sedikit bijan beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Sebelum membuat adunan, panaskan ketuhar pada suhu 170C .

2. Kisar 1 cawan air bersama daun pandan. Tapiskan.

3. Masukkan kesemua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar kemudian kisar sebati.

4. Tapis adunan tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu margerin atau minyak masak.

5. Taburkan bijan di atas permukaan adunan.

6. Bakar adunan di dalam ketuhar selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan keperangan.

7. Cucuk Kuih Bakar dengan lidi. Jika lidi bersih bermakna Kuih Bakar sudah masak.

8. Pastikan Kuih Bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong kerana semasa panas tekstur kuih ini sedikit lembik.

Kredit resipi & foto: Nur Aisyah Nasa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN