Resipi Kuih Akok Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

Share

Teringin nak makan Kuih Akok homemade yang sedap dan panas-panas masa berbuka? Ha…Cubalah buat sendiri dengan resipi perkongsian saudari Sitisarah Hamid ni. Mudah je. Paling istimewa sebab boleh bakar guna mesin kek cawan je. Tak perlu guna arang pun. Namun jika tiada sandwich maker, anda boleh menggunakan loyang muffin dan dibakar dalam ketuhar atau acuan kuih cara dan masak menggunakan dapur gas. Sangat mudah. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya. Pasti puas hati dapat makan kuih ni untuk berbuka puasa.

 

CARA MEMBUAT KUIH AKOK SEDAP

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur
2 keping nise /gula melaka besar (kalau yang kecil guna 3 keping) – beli online disini
1 cawan santan
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum – beli online disini
1/4 cawan air

CARA MEMASAK:
1. Masak gula melaka atau nise dengan air hingga larut. Sejukkan.
2. Kemudian satukan semua bahan termasuk air gula melaka tadi. Kisar hingga sebati. Boleh juga jika kacau guna tangan sahaja.
3. Adunan Kuih Akok siap untuk dibakar. Tuang adunan ke dalam acuan dan biarkan masak. Boleh guna mesin pembakar kek cawan sebegini.


4. Kuih Akok sedia untuk dinikmati.

NOTA: Jika tiada mesin kek cawan ni, boleh sahaja bakar menggunakan sandwich maker, dimasukkan ke dalam tray muffin dan dibakar di dalam ketuhar atau menggunakan acuan Kuih Cara dan dimasak di atas dapur gas. Semuanya menjadi.

 

Kredit resipi & foto: Sitisarah Hamid

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN