Makan

Resipi Kuah Lontong & Sambal Bilis Yang Sedap, Mudah

Share

Kuah Lontong @ Kuah Lodeh pasangannya tentulah Sambal Bilis. Dimakan bersama nasi himpit, memang enak tak terkata. Menu ini sangat sesuai dinikmati di waktu pagi dan sinonim sebagai juadah pilihan di pagi raya. Bagi anda yang bercadang untuk masak Kuah Lontong dan Sambal Bilis, resipi perkongsian dari saudari Hajah Arani ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahannya.

CARA MASAK KUAH LONTONG & SAMBAL BILIS SEDAP

BAHAN-BAHAN:

1/4 biji kubis
1 batang lobak merah- potong panjang
9 tangkai kacang panjang
1 ikat suhun
1 keping fucuk – potong panjang
1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
2 batang serai – ketuk
1 cawan udang hidup
1/2 biji kelapa parut
Garam gula secukup rasa
Serbuk kunyit

BAHAN KISAR:

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar udang kering – beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
3.Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
4. Masukkan serbuk kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur-sayuran, suhun dan tempe yang telah digoreng. Kacau guna api perlahan sahaja.
5. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap.

RESIPI SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

250gm ikan bilis – beli online disini
Minyak masak secukupnya
160gm cili kering – rebus dan kisar – beli online disini
1-2 keping gula melaka – beli online disini
Gula secukupnya
Garam secukupnya
2 keping asam gelugur atau secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis beli online disini
Sedikit aji – jika suka
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar Holland – hiris

BAHAN KISAR:

1 kg bawang merah
15 ulas bawang putih – optional

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul-betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi.
2.Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya berperisa dan sebati.
3. Masukkan asam keping dan daun pandan.
4. Masukkan juga cili kisar. Jika tidak cukup minyak, boleh tambah. Jika minyak cukup, sambal akan menggelegak. Biarkan sambal menggelegak sambil dikacau. Cili tak perlu dimasak lama sangat.
5. Masukkan gula Melaka. Kacau lagi hingga betul-betul masak.
6. Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau lagi.
7. Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan serbuk perasa.
8. Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit gula pasir dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa-apa rasa yang kurang. Sedia untuk dinikmati.

Nota:
Sambal dimasak semalaman lebih awal, lagi sedap.
Selepas diangkat, bolehlah senduk keluar minyak yang berlebihan dalam sambal.

Kredit resipi & foto: Hajah Arani

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Elina