Resipi Kuah Laksa Penang Guna Sardin Mackerel Dalam Tin, Jimat Masa, Berbaloi Dan Sedap!

Share
Kalau suka makan mee laksa perkara pertama sekali kena sedap tentulah kuah laksanya. Biasa jika membuat kuah kebanyakkan akan menggunaka isi ikan fresh tetapi untuk resipi ini, hanya sardin dalam tin digunakan untuk menjadi bahan utama kuah laksa. rasanya sama macam guna ikan segar dan menyenangkan kerja memasak jimat masa. Hanya guna 3 tin sardin mackerel, murah, berbaloi dan sedap!
Bahan-bahan:

 

  • bawang sedang 10bji
  • bawang putih 3 ulas (sy derhaka bubuh 😜) xboleh msak xguna bwg putih sebenarnya 😂
  • belacan besar 2 jari ibu
  • asam keping 8-9 keping
  • cili blend 4 sudu besar
  • bunga kantan 3 kutum kerat 4
  • saun kesum sepiring
  • ikan sardin mackerel 3 tin (2tin blend,1 tin penyek2kan)
Cara-cara:
Blend semua bawang, belacan, cili blend. Jangan lupe letak air sedikit.

Dah blend terus masuk periuk dan masak.

2 tin ikan sardin mackerel di buang air sosnya tp tak basuh ya, ni saya blend 1 tin by 1 tin (takut tak muat masuk 2 tin)
Siap blend! Samakan mcm ikan fresh rebus kalau kita blende.
Terus masukkan ke dalam periuk bahan yg dah blender tadi.
Ni 1 tin ikan saya buang tulang tengah sebab tak suka
(terpulang la yer)
Hancurkan sedikit dan bubuh terus ke dalam periuk.
Masukkan semua bahan, tggu 15-20 minit bubuh garam siap!!!
Mee laksa pon beli dh siap rebus kata laksa express kan. tp sy basuh n rebus balik.
Side dish utk laksa.
Selamat Mencuba!
Kongsi resipi: Zetty Azikin Abdullah
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
http://www.rasa.my/resipi-asam-laksa-tersohor-pedas-masam-sedap-tak-hengat/
http://www.rasa.my/aneka-resipi-laksa-untuk-hidangan-keluarga-di-hujung-minggu/
IKLAN