Resipi Kuah Laksa Ayam, Rasa Tetap Sedap Macam Kuah Laksa Guna Isi Ikan

Share

Biasanya bila buat kuah laksa kita guna ikan kan? Kali ini kita ubah selera dengan gunakan ayam. Resipinya sama macam masak laksa biasa. Cuma tukar ikan kepada  ayam. Lagi mudah. Rasa pun lebih kurang. Ini resipi cara buat Kuah Laksa Ayam yang dikongsikan oleh Animarlina Abd Maulop

RESIPI KUAH LAKSA AYAM

BAHAN-BAHAN:

1 kg isi ayam
2 genggam cili kering (ikut tahap kepedasan masing-masing) – beli online


3 biji bawang besar
Belacan (anggaran besar duit 20 sen) – beli online
Bunga kantan (2 batang)
Daun kesum (secekak lebih kurang) – beli online
5 hingga 6 keping asam keping (ikut masam mana nak) – beli online
Garam secukup rasa – beli online

CARA MEMBUAT:

1. Rebus cili kering. Kemudian kisar cili kering, bawang besar, belacan dan bunga kantan. Ketepikan.

2. Rebus ayam dengan sesudu garam dan juga asam keping. Selepas itu kisar ayam hingga halus. Campurkan sekali air rebusan ayam ketika kisar isi ayam.

 

 

3. Satukan semua bahan. Letak daun kesum dan bunga kantan lagi, asam keping dan garam secukup rasa. Kuah boleh diubah suai ikut mana kita suka. Ada yang suka letak serai dan ada yang tidak letak. Terpulang pada masing-masing. Bolehlah dihidangkan dengan laksa dan sayur-sayuran yang lain.

Sumber kredit: Animarlina Abd Maulop

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN