Resipi Kuah Kacang Sedap Tanpa Santan & Belacan

Share

Tercari-cari resipi Kuah Kacang yang simple dan tidak menggunakan santan dan juga belacan? Saudari Cr Nur Hafizah ada kongsikan resipinya. Menurut beliau resipi ini adalah dari arwah bonda mak senior masa zaman persekolahan beliau dulu. Pastie nak. Jom cuba!

 

CARA MASAK KUAH KACANG SEDAP TANPA GUNA SANTAN & BELACAN

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.

2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing.

3. Masukkan juga cili kering dan serai. Goreng sampai garing semuanya.

4. Angkat semua bahan dan tos minyak. Biarkan sejuk sedikit.

5. Satukan semua bahan goreng tadi dalam pengisar.

6.Masukkan 2 cawan air dan kisar semua bahan hingga halus.

7. Masukkan semula bahan kisar ke dalam minyak gorengan tadi. Minyak perlu banyak barulah kuah kacang garing dan cantik.

8. Masukkan gula, air asam jawa, asam gelugor, garam dan juga perasa. Masak guna api kecil dan perlu sentiasa dikacau.

9. Bila kuah kacang sudah nampak pecah minyak, itu menandakan kuah kacang sudah masak dan siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Cr Nur Hafizah

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN