Kuah ikan bakar antara bahan yang wajib kena sedap baru sebati dengan ikan bakar dan terasa sampai ke dalam. Antara salah satu kuah ikan bakar yang sedap adalah kuah ikan bakar portugis yang selalu ada dekat dalam food court mall. Siap suka boleh cuba resipi ni….
RESIPI KUAH IKAN BAKAR
Bahan-Bahan:
Ads
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
1 kuntum bunga kantan
Cili kering yg direbus (dlm 20 tangkai)
Sedikit belacan
Garam
Gula melaka
Air asam jawa
Daun limau purut
Cara-Cara:
Ads
Kisar semua bahan bertanda * ..panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar..akhir sekali, masukkan garam, gula melaka, air asam jawa dan hirisan daun limau purut..
Boleh simpan lebihan kuah dlm peti sejuk jika lebih
Bila buat nasi minyak, nasi beriani atau nasi tomato hidangan acar sayur ini wajib ada. Dah tentu kita mahu menikmati acar yang sedap.
Resipi perkongsian Autumn FarahFied antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan cuka sesuai yang mempunyai masalah gastrik dan alahan pada cuka.
Nanas – dipotong (cari nanas masak ranum supaya manis)
Timun – dipotong memanjang
Lobak merah -dipotong memanjang
Bawang kecil- tak perlu potong
Bawang putih – hiris nipis
Cili merah & cili hijau -dihirs memanjang
Biji sawi
Halia -dihiris
Air lemon
Sunquick
1. Rendam sayur yang dipotong dengan air kunyit (pewarna Kuning), garam dan gula (ikut kuantiti sayur). Rendam dalam 10 minit, air tak perlu banyak.
2. Toskan sayur tapi airnya jangan dibuang.
3. Tumis bawang putih, halia dan biji sawi. Gaul sdan masukkn air rendaman sayur tadi. Gunakan api perlahan kerana air mengandungi gula, jika api besar cepat pekat.
4. Bila berbuih tambahkan sedikit air panas untuk cairkan kuah.
5. Masuk air lemon bersama Sunquick secukupnya. Kemudian masukkan sayur.
Gaul seketika, jangan biar lama supaya sayur tak lembik. Rasa masam manis acar supaya seimbang. Selepas cukup rasa, dan sebati tutup api.
Hidangkan Bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriani.
Hari pertama berpuasa ni mesti asyik berfikir je menu apa yang nak dimasak balik kerja nanti. Apa kata masak Ketam Telur Masin Mentega ni. Mudah saja cara nak membuatnya. Campak-campak dah menjadi. Ada gabungan rasa manis, masin, lemak dan pedas yang tak jemu dimakan. Lebih enak bila menggunakan Anchor Unsalted Butter kerana mentega ini diperbuat daripada 100% susu berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput segar. Memang sedap hingga menjilat jari. Jom cuba.
Enaknya jika dapat menikmati menu Daging Masak Merah hari ni. Lauk sangat ringkas dan mudah yang anda boleh cuba masak untuk keluarga. Hasilnya sama macam Daging Masak Merah macam yang selalu kita pesan dekat kedai masakan panas tu. Dari beli, lebih baik masak sendiri kan? Saudari Suffiyah Ramadhani ada kongsikan resipinya. Cubalah! Pasti anda sukakan rasanya.
CARA MASAK DAGING MASAK MERAH YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: Daging secukupnya 1 sudu makan pewarna merah – beli online disini Beberapa hiris halia 4 ulas bawang putih – ketuk – beli online disini 1 biji bawang holland – hiris – beli online disini 6-7 biji cili padi – hiris 1 sudu makan cili kisar – cili yang siap dikisar bersama bawang besar dan bawang putih 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos tomato – beli online disini Garam, gula dan perasa secukupnya Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Masukkan daging ke dalam periuk dan isi air secukupnya. Masukkan juga pewarna merah.
2. Tambahlan hirisan halia. Masak hingga daging empuk.
3. Bila daging sudah empuk, angkat dan toskan.
4. Hiris daging yang direbus tadi.
5. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
6. Goreng daging yang dihiris tadi seketika.
7. Bila nampak daging masak sempurna, angkat dan ketepikan.
8. Dalam kuali yang sama, tumis bahan hiris dan tumbuk tadi hingga naik bau.
9. Masukkan cili kisar. Tumis seketika.
10. Tambahkan sos tiram.
11. Tambahkan juga sos tomato.
12. Masukkan sedikit gula.
13. Kemudian masukkan daging. Gaul seketika dan perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
Buffet Ramadan Zai Event 2026 tampil dengan konsep Nostalgia Kampungku menampilkan lebih 120 hidangan tradisi Melayu, harga early bird RM95 dan pengalaman berbuka penuh memori.