Resipi Ketupat Sotong Kelantan, Manis Berlemak Memang Sedap

Share

Ketupat Sotong adalah salah satu manisan istimewa dari negeri Pantai Timur namun agak berbeza sedikit dari segi rupa dan bahan-bahan yang digunakan. Ketupat Sotong Kelantan berwarna coklat, pekat dan lebih manis, menggunakan gula melaka @ nise. Berbeza dengan Terengganu, menunya kelihatan lebih bersantan dan kurang manis. Semuanya punya kelebihan dan keenakan yang tersendiri. Nak cuba rasa Ketupat Sotong versi Kelantan? Saudari Zurila Ghani ada kongsikan resipinya. Sedap! Anda patut cuba.

 

CARA MASAK KETUPAT SOTONG KELANTAN

BAHAN-BAHAN
2 cawan beras pulut beli online disini
1 kotak santan beli online disini
Sedikit garam
1 kilo sotong segar
2 keping nise atau gula melaka beli online disini
1biji bawang merah | dihiris
Sedikit halia | dihiris
3 helai daun pandan
Sedikit halba beli online disini
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.
2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.
3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.


4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.

5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Zurila Ghani

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN