Resipi ketam masak kam heong, kalau selalu kita dengar ayam masak kam heong, kali ini jom cuba pula dengan ketam. Hidangan popular di restoran Cina Muslim ini memang terkenal dengan rasa berempah, pedas, manis dan beraroma daun kari.
Kalau makan di luar harga boleh tahan mahal, jadi lebih jimat kalau masak sendiri di rumah.
Menu ini bukan saja menyelerakan, tapi kuahnya yang pekat penuh rasa memang padu dimakan bersama nasi putih panas. Lauk ini sesuai sangat kalau mahu sediakan hidangan yang istimewa meraikan famili.
4 ekor ketam – dibersihkan, gaul kunyit & garam, goreng sekejap
3 ulas bawang putih – ditumbuk/dititik
1 biji bawang besar – dihiris
½ paket serbuk kari ketam (jika ketam lebih boleh guna 1 paket kecil)
Udang kering – direndam air panas, tumbuk kasar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Kicap secukupnya
1 sudu makan gula
Cili padi – ikut tahap pedas
Daun sup & daun bawang secukupnya
1. Panaskan minyak, goreng ketam yang sudah digaul kunyit dan garam sekejap. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak gorengan tadi. Keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak.
3.Masukkan serbuk kari ketam, tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk kasar. Kacau rata.
5. Tambahkan sos cili, sos tiram, kicap dan gula. Gaul sebati.
6. Masukkan cili padi, diikuti ketam goreng tadi. Gaul rata hingga ketam bersalut kuah.
7. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau sebentar, angkat dan hidangkan.
Tip
Kredit Resipi & Foto: Ameera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA