Resipi Ketam Goreng Telur Masin Ala Restoran. Memang Umphh!!!

Share

Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli.

 

KETAM GORENG TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • Ketam
  • Sedikit tepung jagung
  • Telur masin direbus
  • Daun kari
  • Cili padi ikut kepedasan masing-masing
  • 2 sudu makan mentega
  • Susu cair | anggaran 1/2 cawan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit gula

 

CARA MEMASAK:

  1. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.

2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.

4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.

5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.

6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi

7. Ok siap! Sedia dimakan dengan nasi panas.

 

Kredit foto & resipi: Izzati Insyirah Rosli

 

IKLAN