Resipi Kerabu Pucuk Ubi Sedap, Paling Mudah Dibuat & Tak Cepat Basi

Share

Kerabu pucuk ubi ini memang selalu kita jumpa dalam hidangan nasi ambeng, dan tak dinafikan ia antara lauk sampingan yang menambah selera. Malah kalau diratah lagi sedap. Dengan rasa lemak kelapa parut selain pedas cili, kerabu ini kalau buat sikit memang tak puas makan.

Resipi Kerabu Pucuk Ubi Yang Mudah, Sedap

Bahan-bahan

Seikat pucuk daun ubi
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
Segenggam taugeh
½ biji kelapa parut
Garam dan gula secukupnya

Bahan tumbuk

Segenggam buah cekur
Segenggam bilis
Bawang merah
4–5 tangkai cili

Bahan hiris

Daun cekur
Kacang panjang

Cara Penyediaan Kerabu Pucuk Ubi

1. Didihkan air. Masukkan pucuk ubi bersama soda bikarbonat dan sedikit garam. Rebus hingga pucuk ubi lembut.

2. Tapis dan perah air dari pucuk ubi.

3. Goreng bilis dan bawang hingga layu, kemudian tumbuk bersama cili dan buah cekur.

4. Sangai kelapa parut bersama bahan tumbuk tadi tanpa minyak menggunakan api kecil. Tujuannya supaya kerabu tidak cepat basi dan boleh tahan lama.

5. Apabila kelapa sudah agak kering, masukkan pucuk ubi, kacang panjang, taugeh dan daun cekur yang dihiris halus. Gaul hingga sebati.

6. Tutup api, sedia dihidangkan.

Tip Ekstra

  • Soda bikarbonat membantu menjadikan pucuk ubi lebih cepat empuk dan hijau cantik warnanya.
  • Kerabu lebih sedap jika dimakan segera selepas dimasak kerana rasanya masih segar dan aroma cekur lebih menonjol.

Kredit Resipi & Foto: Mizah Ngatiman

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose