Resipi Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin Ni Memang Sangat Sedap

Share

Bagi penggemar sajian kerabu, resipi Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin perkongsian saudari Ninie Zaini ini antara yang perlu anda cuba. Sangat mudah resipinya malah rasanya juga sangat sedap. Andai diratah tanpa nasi, pun cukup membuka selera ramai. Jom sediakan untuk hidangan keluarga hari ini. Sekali cuba, pasti akan buat lagi berkali-kali.

 

 

RESIPI KERABU PUCUK SELOM CAMPUR SARDIN PALING SEDAP

 

BAHAN-BAHAN:

  • Pucuk selom secukupnya – basuh & hiris nipis
  • 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
  • 1 tin besar sardin – buang tulang & hancurkan beli online disini
  • 2 biji bawang besar – hiris nipis beli online disini
  • 1 biji cili merah besar – hiris nipis
  • 4 biji cili padi kampung – hiris nipis
  • 1-2 biji limau nipis – ambil jus sahaja
  • Sedikit garam halus beli online disini
  • Sedikit gula beli online disini

 

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan pucuk selom dan bunga kantan. Kemudian hiris nipis. Ketepikan.

2. Buka tin sardin. Buang tulang ikan dan hancurkan isinya.

3. Campurkan sardin, hirisan bawang dan cili. Gaul rata.

4. Kemudian perahkan jus limau nipis diikuti dengan garam serta gula untuk melengkapkan rasa.

5. Gaul sebati dan masukkan daun selom yang telah dihiris bersama bunga kantan.

6. Gaul sebati dan Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ninie Zaini

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN