Resipi kerabu kaki ayam ala Thai. Pedas tapi sedap. Bagi yang menggemari kaki ayam, bolehlah cuba resipi ini.
Kata orang, makan kaki ayam ni awet muda? Betul ke? Selalunya buat sup kan? Tapi kali ini cuba buat kerabu ala Thai ni pulak. Boleh jadi ‘ketagih’ dibuatnya.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh DapurShai Anne ini ye. Yang penting, pastikan bersihkan kaki ayam itu elok-elok. Buang kuku jarinya. Ratah boleh, nak makan dengan nasi putih panas-panas pun memang ngam habis!
Rebuskan kaki ayam selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Dalam satu bekas, masukkan serai, cili padi merah dan hijau, hirisan tomato, perahan limau nipis, bawang merah, bunga kantan, kacang panjang dan daun ketumbar. Gaul rata.
Tambahkan jus limau nipis dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kerabu Kaki Ayam siap dihidangkan.
Hidangan kerabu sering kali dijadikan hidangan pembuka selera atau hidangan sampingan ketika menikmati juadah utama. Kerabu yang ada rasa masam dan pedas, biasanya disediakan segar, membuatkan selera seseorang bertambah.
1. KERABU TOMATO BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis
1 biji tomato hijau | hiris
1 biji tomato merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
2. KERABU TAUGEH KASAR DAN SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
200gm tauge kasar
5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam dan goreng
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang kacang panjang | hiris nipis
2 biji cili merah |hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
1 sudu makan kelapa parut | panggang
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau kasturi dan gaul. Sedia dihidangkan.
3. KERABU SUHUN KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
200gm suhun | rendam dan celur
2 biji cili merah | mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang serai muda | mayang halus
1 sudu makan perahan limau
Garam dan gula secukupnya
Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
Bijan hitam panggang secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
4. KERABU DAGING LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
200gm daging
1 biji tomato hijau | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
3 helai daun limau purut | hiris halus
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Daging direbus empuk dan hiris nipis.
Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
5. KERABU SOTONG SIAM
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | potong kecil dan celur
1 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah |mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | mayang halus
1 sudu makan cincangan daun ketumbar
1 sudu makan air perahan limau nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kerabu, inilah menu yang mampu membuka selera. Makan pula dengan nasi panas-panas bersama ikan goreng , pergh terangkat sungguh . Tak toleh kiri dan kanan, laju jer menyuap. Sebagai contoh kerabu belimbing buluh + daun selom ni. Ratah begitu saja pun nikmat rasanya. Boleh cuba buat sendiri.
Bahan A(di hiris)
belimbing buluh
daun selom
bwg besar
bunga kantan
Bahan B(campur semua n tumbuk)
kelapa parut
belacan
cili padi
cili merah
Bahan C
isi ikan
*sy guna ikan temenung 3 ekor,rebus n amik isi lps tu hancurkan dgn garfu
cara-cara:
campur semua bahan A,B dan C…perasakan dgn garam
Kerabu yang mempunyai rasa berlemak dari parahan santan dan kerisik yang disanggai. Tetapi di seimbangkan dengan perahan limau yang memberi rasa masam pada kerabu.
KERABU TAUGEH BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
300gm tauge | dicelur
1 ikat pucuk paku | dipetik bahagian lembut dan dicelur
6 biji bawang merah | dimayang halus
5 biji cili padi | dihiris
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan marjerin
1 sudu makan kerisik
2 biji jus limau kasturi
200ml santan pekat | dipanaskan sekejap
250ml air
½ sudu teh serbuk perasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan marjerin dan goreng udang kering sehingga garing. Ketepikan.
2. Campurkan tauge, pucuk paku, udang kering, kerisik, bawang merah, cili padi dan jus limau kasturi. Gaul sehingga sebati.
3. Seimbangkan santan pekat dan air. Gaul lagi sehingga sebati dan perasakan.
4. Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.
Info Chef: Selain jus limau kasturi, boleh juga digunakan perahan limau nipis dan lemon.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!