Bila menikmati kerabu dengan nasi panas-panas tentunya penambah selera makan. Setengah kita tanpa lauk lain hanya kerabu sudah melengkapi menu harian. Terdapat pelbagai jenis kerabu boleh dihidangkan dengan pelbagai versi. RASA kongsi resipi kerabu paling mudah dan dijamin sedap yang boleh korang try.
1.Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api. Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.
2. Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam. Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.
3. Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.
Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.
Bila makan nasi dipadankan pula dengan hidangan kerabu, nikmat tidak terkata. Ia merupakan hidangan pembuka selera. Paduan rasa masam, manis dan pedas membuatkan ia istimewa. Malah sardin juga boleh diolah menjadi kerabu. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba!
KERABU PERUT THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg perut lembu telah direbus
2 batang serai | mayang halus
1 biji bawang besar | mayang halus
1/2 batang bunga kantan | mayang halus
1 biji buah tomato | potong kecil
10 biji cili padi | mayang halus
1 biji limau nipis | perah jusnya
Cuka secukup rasa
Sos ikan/sotong secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan, cili padi dan tomato.
Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
Sekali lagi gaul rata.
Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh ditambah hirisan timun atau kacang panjang jika suka.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
Bawang merah | dimayang halus
Cuka secukupnya
Limau nipis secukupnya
Cili padi | dihiris
Serai | dihiris nipis
Daun ketumbar | dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Kicap sotong secukupnya
CARA MEMASAK
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2. Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
3. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota:
Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Resipi perkongsian saudari Emma Suzaima
KERABU SARDIN
BAHAN-BAHAN
Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
Bawang besar | dihiris
Cili padi | dihiris
Cili besar | dihiris
Tomato | dihiris
Asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
2. Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
3. Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
4. Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Resipi perkongsian saudari Hunny Wanny
KERABU LIMAU NIPIS BERSAMA BAWANG & GAJUS
BAHAN-BAHAN:
Buah limau nipis | di[potong kecil
Kicap sotong secukup rasa
Cili padi secukupnya | dihiris
Bawang merah (kecil) | dimayang halus
Kacang gajus
Madu
Gula secukup rasa
Udang kering | digoreng seketika
Sedikit jus limau nipis
( Jumlah bahan-bahan adalah mengikut citarasa masing-masing. Boleh tambah serbuk cili @ emping cili untuyk rasa lebih pedas)
CARA MENYEDIAKAN:
Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.
Seimbangkan rasa masam, masin, manis dan pedas mengikut citarasa anda.
SedapnyaKerabu Kerang Thai ni. Cukup rasa pedas, masam, masin dan manisnya. Ditambah dengan ramuan bahan-bahan segar menjadikan hidangan ini enak sekali. Jika anda gemarkan kerabu, kena cuba resipi Kerabu Kerang perkongsian saudari Fia Sofia. Merecik rasa dia. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KERABU KERANG THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg kerang 1 sudu teh garam – beli online disini 3 sudu makan gula kabung – beli online disini 2 sudu makan sos ikan – beli online disini 3 sudu makan air asam jawa – beli online disini 4 biji limau nipis 3 biji tomato – dipotong 1 batang lobak merah – dipotong halus memanjang 2 ulas bawang merah – hiris nipis 5 biji cili api – ditumbuk 1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK: 1. Basuh kerang dan rebus bersama 1 sudu kecil garam. 2. Buang air rebusan kerang dan segera masukkan ais dan juga air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. (ini adalah tip untuk kerang nampak segar) 3. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
4. Dalam mangkuk berlainan, satukan air asam jawa, cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung. Sebatikan. 5. Kemudian gaulkan bersama kerang tadi sehingga mesra. 6. Akhir sekali perahkan limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris, lobak merah dan juga daun ketumbar. Gaul hingga sebati.
7. Kerabu Kerang Thai siap untuk dinikmati.
INFO: Rasa masin, pedas, manis, masam boleh ubah suai ikut selera masing-masing.
Sedapnya kerabu sotong ni, kalau makan di kedai memang mahal dan tak cukup. Apa lagi jom kita buat sendiri di rumah sebab kerabu ni sangat senang membuatnya. Yang penting semua bahan segar termasuk sotong ye, Ini rahsia kerabu sotong jadi sedap dan segar rasanya macam makan kat restoran mewah.
KERABU SOTONG PUDINA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
2 sudu makan pes cili Thai
3 biji cili merah | kisar kasar
3 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 cawan daun pudina
2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
LANGKAH 2: Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
LANGKAH 3: Masukkan sotong dan gaul rata.
LANGKAH 4; Masukkan pula hirisan bawang dan serai
LANGKAH 5: Seterusnya masukkan daun bawang dan gaul rata lagi.
LANGKAH 6: Akhir sekali daun pudina dan gaul rata hingga sebati . Kemudian sedia dihidangkan.
Resipi sup ikan jenahak ini sesuai dihidangkan bila teringin menghirup sup panas. Tambah pula kalau cuaca hujan atau mendung, lagi berselera makan lauk sebegini.Cara...