Resipi Kepak Ayam Sweet & Spicy. Boleh Buat Sendiri Untuk Anak-Anak!

Share

Resipi kepak ayam mudah yang anda boleh hasilkan sendiri untuk anak-anak. Kombinasi rasa manis, masin & pedas, memang sedap dan kena dengan citarasa.  Boleh pakat cuba!

 

KEPAK AYAM SWEET & SPICY

BAHAN-BAHAN

  • 10 kepak ayam – siang dan bersihkan
  • 10 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 2 inci halia – ditumbuk halus
  • serbuk kunyit
  • kicap manis
  • sos tiram
  • madu
  • sos cili pedas
  • serbuk sweet paprika@serbuk cili
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa

 

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan kepak ayam. Boleh juga guna bahagian ayam yang lain mengikut citarasa anda.

2. Campurkan semua bahan secukup rasa.

3. Perap selama sejam atau lebih.

4. Panaskan minyak dalam kuali dengan sedikit minyak

5. Masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api perlahan saja.

6. Biarkan masak dan kacau untuk elakkan hangit.

 

Kredit resipi & foto: Aisha Mazlan

IKLAN