Resipi Kek Span Coklat Terlajak Gebu! Memang Kena Cuba.

Share

Bagi puan-puan yang gemar membuat kek, boleh cuba resipi perkongsian saudari Imah Rahman.

 

BAHAN A:

  • 5 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh cream of tartar

 

CARA-CARA:
1. Putar putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan cream of tartar. Pukul sehingga kental dan bertanduk. Ketepikan sebentar

 

BAHAN B:

  • 5 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan tepung kek
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan susu cair
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh perisa coklat/coklat emulco
  • 1 suduteh esen vanilla

 

CARA-CARA:
1. Pukul sebati hingga berkrim

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu160°c.
  2. Lapik loyang dengan baking paper dansapu dengan majerin.
  3. Masukkan bahan A sedikitdemi sedikit ke dalam bahan Sebatikan.
  4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 70 minit menggunakan kaedah double boiler.

 

Nota: Kek ini lebih sedap dimakan bila disimpan dalam peti sejuk.

 

Kredit resipi & gambar: Imah Rahman

IKLAN