Buat yang suka makan dan buat kek, kena tahu cara-cara mudah untuk membuatnya. Untuk mentega, margerin dan telur yang akan digunakan, simpan di dalam suhu ruang. Pembuatan kek harus sesuai mengikut sukatan dalam resipi. Tak boleh main agak-agak seperti kita masak lauk pauk. Timbang bahan dengan tepat barulah kek menjadi dengan elok dan enak rasa.

Resipi Kek Sedap Rasa Dan Disukai Ramai

KEK OREN BIJI POPI

BAHAN KEK:

  • 5 biji telur gred A
  • 300gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
  • 300gm cawan tepung gandum
  • 200gm gula kastor
  • 3/4 cawan perahan jus oren
  • ¼ cawan susu segar
  • 2 sudu makan parutan kulit oren
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 70gm biji popi

BAHAN ISING CREAMCHEESE:

  • 200gm gula ising | ayak
  • 150gm creamcheese | dilembutkan pada suhu bilik
  • 150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung gandum serbuk penaik. Ketepikan.
  2. Campurkan jus oren, susu dan esen vanila di dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren dan biji popi. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
  4. Masukkan telur satu persatu, kacau sebati. Kemudian masukkan campuran tepung dan susu secara berselang seli, bermula dan diakhiri dengan tepung.
  5. Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
  6. Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
  7. Untuk membuat ising; Pukul mentega dan creamcheese hingga sebati. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati. Masukkan esen vanila.
  8. Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan aising di atas lapisan kemudian letakkan lapisan kek yang kedua. Salutkan kek dengan lebihan ising, atau boleh terus dihidangkan tanpa disalut (naked cake style). Hias dengan isi buah oren.

Resipi Kek Sedap Rasa Dan Disukai Ramai

IKLAN

KEK PISTACHIO DAN KARAMEL MASIN

BAHAN KEK:

  • 3 biji telur gred A
  • 200gm gula kastor
  • 250ml minyak jagung
  • 250ml susu segar
  • 350gm tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 70gm kacang pistachio | hancurkan kasar

BAHAN KARAMEL MASIN:

  • 200g gula
  • 3 sudu makan air
  • 90g mentega | potong kiub
  • 120ml krim (whipping cream/heavy cream)
  • 1 sudu teh garam

BAHAN ISING BUTTERCREAM:

  • 150gm gula ising | ayak
  • 150gm lemak sayuran (shortening)
  • 150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan susu segar

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ayak dan ketepikan.
  2. Pukul telur, gula kastor dan garam hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan susu dan minyak jagung perlahan-lahan.
  3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan paling perlahan hingga adunan sebati. Jangan pukul terlalu lama.
  4. Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
  5. Taburkan kacang pistachio ke adunan kek. Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
  6. Untuk membuat ising; Pukul kesemua bahan kecuali esen vanila hingga kembang. Masukkan mentega kacang, putar sehingga sebati.
  7. Untuk membuat karamel masin; Masak gula, garam dan air di dalam pan yang mempunyai dasar yang tebal di atas api sederhana. Masak hingga gula berwarna perang.
  8. Masukkan mentega perlahan-lahan. Karamel akan berbuih apabila mentega dimasukkan. Kacau dengan laju dan berhati-hati hingga mentega cair sepenuhnya. Masukkan krim dan teruskan mengacau selama seminit. Angkat dan sejukkan.
  9. Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan ising di atas lapisan kemudian taburkan kacang pistachio. Ulang langkah ini dengan satu lagi lapisan kek, ising dan kacang.
  10. Salutkan kek dengan lebihan ising. Sudukan karamel di atas kek. Hias dengan kacang pistachio.

Resipi Kek Sedap Rasa Dan Disukai Ramai

KEK COKLAT PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 110gm coklat putih | cairkan
  • 90gm coklat putih | cincang halus
  • 227gm mentega
  • 350gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 350gm tepung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh baking soda
  • 225gm yogurt

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Tapiskan tepung, serbuk penaik, garam dan baking soda bersama.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
  4. Masukkan coklat putih yang telah dicairkan.
  5. Masukkan adunan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul perlahan sekadar sebati.
  6. Tuangkan pada loyang separa penuh. Taburkan coklat putih yang dicincang. Penuhkan loyang dengan adunan selebihnya.
  7. Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak.
  8. Hiaskan dengan buah strawberi untuk lebih menarik.

 

Resipi Kek Sedap Rasa Dan Disukai Ramai

KEK COKLAT KACANG HAZEL

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kacang Hazel | dibakar dan dikisar halus menjadi serbuk seperti tepung
  • 80gm koko
  • 100gm mentega | lembutkan pada suhu bilik
  • 5 biji telur | asingkan putih dan kuningnya
  • 300gm gula kastor

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Tapis serbuk kacang hazel dan koko bersama.
  3. Pukul kuning telur bersama 200 gram gula kastor. Masukkan mentega sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga gebu.
  4. Masukkan campuran koko dan kacang hazel. Kaup balik adunan.
  5. Dalam mangkuk adunan lain yang bersih, pukul putih telur dan masukkan lebihan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kental. Kaup balik ke dalam adunan tadi perlahan-lahan sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam 35 minit atau sehingga masak.
  7. Boleh bakar sebiji atau jadikan seperti kek cawan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI