Kek Pandan Gebu Adun Guna Blender. Bakar @ Kukus Semua Boleh

Share

Bagi peminat Kek Pandan gebu, boleh cuba masak guna resipi mudah perkongsian saudari Sally Aqua ini. Adun sahaja menggunakan blender. Mudah sangat. Hasilnya sangat lembut dan gebu. Setiap yang rasa, pasti akan sukakannya. Jom cuba!

 

CARA MEMBUAT KEK PANDAN SEDAP YANG GEBU & LEMBUT

 

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
1 cawan gula kastor beli online disini
Sedikit esen vanilla beli online disini


1 cawan planta  beli online disini
1 ½ cawan tepung gandum beli online disini
1 sudu teh baking powder beli online disini (empunya resipi guna tepung blue key. Memang gebu sangat puas hati)
Sedikit pewarna hijau beli online disini
Sedikit perasa pandan beli online disini

 

CARA MEMASAK:
1.Satukan telur, gula kastor dan esen vanilla, Kisar sampai halus dan kembang.

2. Kemudian masukkan planta dan kisar lagi sampai sebati.

3. Kemudian masukkan dalam bekas dan masukkan campuran tepung gandum yang dicampur dengan baking powder. Kacau sebati.

4. Masukkan sedikit pewarna hijau dan perasa pandan. Sebatikan.


5. Tuang adunan kek ke dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 40 minit. (ini suhu untuk bakar kek guna Air Fryer)


6. Selain itu, kek ini juga boleh dibakar menggunakan ketuhar dan boleh juga dikukus.

Kredit resipi & foto: Sally Aqua

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN