Resipi Kek Kota Sabah. Mudah! Hanya Guna 4 Bahan & Tak Perlu Guna Oven Pun!

Share

Kadang kala bila tengok kawan-kawan buat kek, teringin nak cuba. Tapi masalahnya, tak ada ketuhar dan mixer. Alahai…Namun usah risau sebab ada kek mudah yang anda boleh cuba. Tak perlu pakai mixer pun. Oven tak ada pun tak apa. Gaul-gaul je dan pastinya memang terlajak mudah. Jom kita cuba!

KEK KOTA SABAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin susu pekat manis – tin tinggi
  • 1 bungkus biskut Marie – pecahkan@patah-patahkan
  • 400gm Milo – boleh lebihkan. Lagi sedap!
  • 600gm kacang tanah – digoreng tanpa minyak & tumbuk jangan halus sangat.

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan. Gaul rata.
  2. Ambil loyang dan alas dengan plastik. Masukkan bahan yang digaul tadi.
  3. Ratakan adunan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nina Masiran

IKLAN