Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan

Share

Kek KejuJepun@ Japanese Cotton Cheesecake ni memang sedap. Teksturnya sangat gebu dan lembut. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Keju yang mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal, resipi perkongsian saudari Hidayatul Hafiza ni antara yang boleh dicuba. Memang sangat memuaskan.

 

RESIPI KEK KEJU JEPUN @ JAPANESE COTTON CHEESECAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur gred A| asingkan kuning dan putih
  • 6 keping keju cheddar cheesedale
  • 100gm mentega
  • 100gm tepung gandum ( sebaiknya diayak) (beli ONLINE)
  • 125gm gula pasir
  • 300ml susu segar

CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan keju menjadi kepingan kecil. Ambil periuk, masukkan susu dan keju yang dah dicarik tadi.
2. Panaskan susu menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga keju cair.
3. Setelah keju cair, masukkan mentega. Sebaiknya, mentega dipotong kecil bagi memudahkan ia cair.
4. Setelah semua bahan cair, padamkan api dan biarkan seketika.

5. Satukan gula bersama putih telur. Pukul hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan seketika.

6. Dalam bekas berlainan, satukan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan campuran susu dan keju yang telah dicairkan tadi.
7. Kacau campuran kuning telur dan susu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau lagi hingga sebati dan adunan tidak berketul. ( waktu ini, bolehlah mula panaskan ketuhar)

8. Tuang putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
9. Sediakan loyang untuk adunan tadi. Sapu mentega disekelilinya. Guna loyang saiz 9 inci. Jika guna loyang ‘springform’, balut bahagian luar menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan adunan kek keluar.

10. Ambil loyang yang lebih besar, masukkan sedikit air dan letakkan loyang kek tadi. Bakar menggunakan teknik ‘waterbath’.
11. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.


12. Kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit.

13. Setelah kek masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hidayatul Hafiza

 

Tercari-cari KETUHAR baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi kek? Boleh cuba resipi di bawah ni:


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN