Resipi Kek Coklat Moist Sedap, Gebu & Kurang Manis. Viral Di FB Hingga Dapat 12 Ribu Share.

Share

Bila sebut kek coklat, pasti terbayang rasanya yang manis. Ditambah pula dengan topping coklat, menambahkan lagi kemanisan yang sedia ada. Bagi anda yang nak cuba buat kek coklat mpoist yang kurang manis, resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni boleh anda cuba. Sangat mudah! Anak-anak pasti suka.

 

KEK COKLAT MOIST PALING SEDAP

 

BAHAN A:

  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis

(Campur semua bahan A. Masak atas api kecil hingga larut.)

BAHAN B:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

(Satukan bahan B. Ayak.)

BAHAN C:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

(Masukkan ke dalam blender. Kisar sampai putih.)

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
  2. Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul (whisk) sahaja dan bancuh sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
  3. Panaskan periuk kukusan, tuang adunan kek ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

RESIPI TOPPING COKLAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak  ( masak/jagung/sayur)
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan susu cair

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan Teknik double-boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
  2. Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek tadi.
  3. Tabur coklat rice untuk hiasan.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ummydarwisha Mansor

 

IKLAN