Resipi Kari Sardin Tanpa Santan, Rasa & Kuah Pekat Macam Di Kedai Mamak

Share

Jemu asyik masak sambal sardin sahaja. Jom kita cuba masak kari sardin pula.

Menariknya resipi kali ini kerana ia tidak menggunakan santan tetapi kuah yang dimasak tetap pekat.

Sama macam kat kedai mamak. Sedap sungguh! Jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Hamizah Zakaria. Selamat mencuba.

 

KARI SARDIN TANPA SANTAN

BAHAN-BAHAN:

Ikan sardin tin | digoreng
Serbuk kari ikan

BAHAN-BAHAN TUMIS:

1 biji bawang besar –  beli online di sini


4 ulas bawang putih – beli online di sini
Cili besar – beli online di sini
2 tangkai daun kari
2 biji bunga lawang
3 batang bunga cengkih
Halba – beli online di sini

BAHAN YANG PERLU DICAMPUR DENGAN AIR:

3 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
2 sudu kecil serbuk kunyit – beli online di sini
3 sudu besar air asam jawa

BAHAN-BAHAN LAIN:

1 inci halia – beli online di sini
2 biji tomato
2 biji kentang – beli online di sini
½ lobak merah – beli online di sini

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan-bahan yang perlu ditumis ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Kemudian, masukkan tomato, lobak merah dan kentang.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Bila tomato dah lembik, masukkan serbuk kari ikan. Kacau hingga sebati.


4. Masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air, garam, serbuk perasa dan tunggu sehingga pecah minyak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Tambahkan 2 cawan air dan biarkan ia mendidih seketika.
6. Bila dah mendidih, masukkan ikan sardin yang sudah digoreng.
7. Siap! Sedia untuk dimakan.

Kredit resipi & foto: Hamizah Zakaria

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN