Resipi Kari Mamak Sedap Ala Restoran Nasi Kandar

Share

Sebut sahaja mengenai restoran Nasi Kandar, pasti terbayang-bayang keenakan Kari Mamak dan aneka lauk pauknya yang lain. Sangat padu. Masakan seperti telur ikan dan sotong semestinya buat kita kecur liur. Hidangan Kari Ayam Mamak pun jangan dilupa. Padu… Namun, di musim pandemik ini, ada kalanya buat kita terkenang-kenang sahaja. Nak keluar, aduh gerunnya. Tapi jangan risau sebab anda pun boleh hasilkan menu istimewa ini secara homemade. Tak susah mana pun. Jom lihat resipi perkongsian saudari Nadiah Hashim & bahan-bahan yang diperlukan.

CARA MASAK KARI AYAM MAMAK YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam
1 biji tomato – hiris
4 sudu makan serbuk kari ikan beli online disini
1 sudu makan serbuk cili beli online disini
1 sudu makan garam masala – jika ada. Jika tiada, abaikan – beli online disini
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Kicap manis secukupnya beli online disini

BAHAN TUMIS:
8 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – tumbuk halus
2 inci halia – tumbuk halus
1 batang serai – tumbuk hancur hingga nampak empulur
Cili api jika suka
Rempah 4 sekawan
Daun kari
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak. Nak tambah minyak sapi pun boleh. Tumis bawang merah hingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis yang lain.

2. Masukkan hirisan tomato. Tumis lagi hingga tomato lembik.

3. Seterusnya masukkan rempah kari ikan, serbuk cili dan juga garam masala. Jika tiada garam masala, abaikan. Tumis sampai sebati sambal lenyek-lenyekkan tomato.

4. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.

5. Seterusnya masukkan ayam. Boleh juga guna ikan, daging, sotong, ketam atau udang. Kacau sampai sebati.


6. Masukkan 1 cawan air. Perasakan dengan garam, aji dan gula ikut cita rasa masing-masing. Tambahkan juga kicap manis secukupnya. Jika mahukan tekstur lebih berkrim, boleh tambah 2-4 sudu makan yogurt.


7. Masak ayam guna api sederhana dan pastikan selalu dikacau. Jangan guna api terlalu besar.
8. Kari Ayam Mamak siap untuk dihidang. Kepekatan kuah bergantung selera masing-masing. Boleh pekat dan boleh juga cair.


9. Untuk rasa lebih enak, tambahkan cili besar, bendi, telur rebus atau rebung ikut selera. Kuah bila lagi perangat, lagi sedap!

INFO: resipi ini sesuai untuk 6 ketul ayam / 6 potong ikan/1/2 kg daging @sotong @ketam @udang.

Jika mahu rasa lebih sedap, Kari Ayam boleh dimasak sehari sebelum. Lagi diperangat, lagi padu rasanya.

 

Kredit resipi & foto: Nadiah Hashim

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN