![ikan yu](https://cdn.rasa.my/rasa/ikan-yu.jpg)
Mungkin ramai yang tak pernah makan ikan Yu kerana tidak biasa atau tidak pernah diperkenalkan cara memasaknya dari kecil. Selalunya kita tidak mahu mencuba kerana tidak biasa. Apa kata pecah kebiasaan itu dan boleh cuba buat masak kari. Rasanya memang best.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ikan yu | dibuang kulit dan dipotong kecil
- 2 biji bawang besar | dimayang
- 5 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 cm halia | dihiris
- 3 sudu makan rempah kari
- 2 pelepah daun kari
- 2 sudu makan asam jawa
- 3 cawan air
- Garam secukup rasa
- Minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.
2. Masukkan rempah kari. Masak seketika kemudian masukkan satu cawan air. Biar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan dua cawan air dan asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam dengan secukupnya.
5. Angkat dan nikmati segera.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Percik Padu Rasa Makan Dengan Nasi Panas
![Ikan Percik Padu Rasa Makan Dengan Nasi Panas](https://cdn.rasa.my/2019/03/untitled-design-88-24_20_165034.jpg)
Sedapnya dapat menikmati ikan percik. Lain orang lain cara membuat resipi yang satu ini. Hari ini min kongsikan resipi oleh Cikgu Afy. Menurut Cikgu Afy, dia menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli.
Jadi kat bawah ni dikongsi resipi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi!
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan dihiris nipis)
Cara membuat:
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
Kisar hingga lumat.
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera.
( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.
Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal.* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
Angkat seketika pemanggang ikan. Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang.
Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.
*kuah percik yang disalut tadi akan menjadi lebih sedap setelah dibakar dengan bara api..
Semoga bermanfaat.
Kredit resipi & foto:Afy AL HabibiMasak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Resipi Ikan Golek @Percik Terengganu Ni Nampak Sedap! Bikin Terliur Je Tengok
![Resipi Ikan Golek @Percik Terengganu Ni Nampak Sedap! Bikin Terliur Je Tengok](https://cdn.rasa.my/2022/03/Untitled-design2-3.jpg)
Ikan Golek @Percik Terengganu sememangnya menu yang begitu menggamit selera. Tambahan pula Ramadan semakin mendekat, tentunya menu yang satu ini dirindui. Bagi mereka yang teringin hendak makan menu Ikan Golek @Percik ini apa kata anda cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli ini.
RESIPI IKAN GOLEK @ PERCIK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Ikan kembung saiz besar 4 ekor (disiang bersih dan dilumur kunyit dan garam)
Bahan kuah percik: (bahan nombor 2)
4 biji bawang merah –BELI SINI
2 biji bawang putih putih – BELI SINI
1 inci kunyit – BELI SINI
1/2 inci halia – BELI SINI
6 tangkai cili kering (dibuang biji dan direndam dgn air panas)
3 batang serai (2 batang diketuk dan 1 batang dimayang nipis untuk dikisar)
Belacan sebesar hujung jari
5 biji cili api ( kalau suka pedas)
Kelapa 1 biji (diambil santan perahan pertama sahaja…kita mahu santan yang pekat)
1/2 sudu besar halba
1/2 keping gula nisang (gula Melaka)- BELI SINI
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa
3 keping asam keping –BELI SINI
1/2 sudu besar tepung ubi (supaya kuah percik melekat cantik di ikan) –BELI SINI
CARA MEMBUAT:
1. Mula-mula kisar semua bahan kuah percik (bahan nombor 2) termasuk tepung ubi kecuali serai yang diketuk.
2. Kemudian masukkan santan panaskan hingga mendidih.
3. Masukkan serai yang diketuk. Kena selalu kacau.
4. Apabila mendidih masukkan bahan kisar. Kacau bagi sebati. Tunggu hingga kuah percik menjadi sedikit pekat.
5. Masukkan garam, gula Melaka, asam keping dan serbuk perasa.
6. Didihkan kuah tersebut dengan api yang paling kecil, sampai kuah pekat (kena selalu kacau ya)
7. Masukkan halba. Kacau lagi dan tutup api.
8. Bakar ikan kembung( saya guna sabut dengan tempurung kelapa) biar ikan setengah masak.
9. Kemudian kita sapukan dengan kuah percik (selalu kena balik-balikkan pemanggang untuk elak ikan hangus).
10. Bakar sampai ikan masak (boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali). Siap.
Apabila hendak dihidangkan, boleh masukkan ikan dalam kuah percik. Terpulang cara masing-masing. Selamat mencuba.
Sumber kredit: Muliadi Ramli via Masakan Terengganu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gaul-Gaul Dah Siap. Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah & Sedap
Campur 2 Sos Ni Barulah Kuah Spageti Bolognese Jadi Lebih Sedap
Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap, Guna Jagung Tongkol Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ikan Percik Ni Dah Hampir 33 Tahun Tersimpan Rapi. Apa Rahsia Kesedapannya!
![Resipi Ikan Percik Ni Dah Hampir 33 Tahun Tersimpan Rapi. Apa Rahsia Kesedapannya!](https://cdn.rasa.my/2018/04/ff.jpg)
Bekas isteri polis Puan Hajah Zainab berkongsi resipi yang disimpannya selama 33 tahun selama dia berjiran dengan orang Kelantan. Masakan ikan percik ini memang popular disajikan lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Resipi lama jadi igauan selamat mencuba!
Resipi ni saya simpan dah hampir 33 tahun yang lalu ..semasa saya menjadi isteri Polis berjiran dengan orang Kelantan ..Masa tu dok suka sangat ..Hari-hari buat ..tapi dulu saya suka pakai ikan sungai .(ikan Talapia)- Puan Hajah Zainab
RESIPI IKAN PERCIK KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan kembung(bersihkan,kelar dan bakar)
- Kalau pakai ikan Sungai ( ikan Talapia lagi sedap , itupun klu yg mkn ikan sungai lah kan .)
- *10 tangkai cili kering rendam bagi lembut
- *1 biji bwng besar
- *1 inci halia
- *sedikit belacan (tak yah letak pun tak apa )
- 1/2 inchi kunyit hidup @ serbok kunyit pun boleh
- 2 batang serai ( titikan saja )
- Santan dr sebiji kelapa
- 2 keping asam keping
- Garam n perasa
- 1@2 sudu gula Pasir
- Sedikit tepong beras untuk memekat kan kuah
CARA-CARA:
- Kisar bahan bertanda *
- Masukkan santan dalam periuk
- Masukkan bahan kisar tadi
- Masukkan serai dan asam keping
- Masukkan garam, perasa dan gula
- Didihkan atas dapur hingga pekat masukan sediki tepung beras yang dibancuh dengan air terlebih dahulu untuk memekatkan lagi kuah tersebut
- Bila siap, curahkan atas ikan yg dah siap bakar. Kemudian nak bakar semula pun boleh, ikutlah cara masing masing .
- Masukan dalam periuk tu sekali pun boleh supaya ikan tu mesra bersama kuah .
- Kuah kalau nak bagi kering lagi pun boleh.
Kongsi resipi: Hajah Zainab
https://www.facebook.com/197555587513827/videos/202823423653710/