Resipi Kari Ikan Sugu Pavitra. Sangat Sedap & ‘Comfirm’ Makan Bertambah

Share

Kari Ikan tentunya menjadi kegemaran ramai. Melayu, India, Cina dan juga kaum lain turut menggemarinya. Menerusi perkongsian saudari Hasifah Che Mat, beliau ‘memanjangkan’ resipi Kari Ikan yang dicuba dari perkongsian saudari LiLy Wahab yang asalnya diperolehi dari Youtuber terkenal, Sugu Pavitra. Bila dicuba, ternyata rasanya tidak mengecewakan. Sangat sedap dan mendapat pujian suami serta anak-anak. Wow…Tak sabar nak rasa. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Kari Ikan yang sedap ni.

 

CARA MASAK KARI IKAN SEDAP VERSI SUGU PAVITRA

BAHAN-BAHAN:

Ikan jenahak/tenggiri/ikan merah/kembung pun boleh
1 biji bawang besar – hiris nipisbeli online disini


1 labu bawang putih – hiris nipis beli online disini
2 inci halia – tumbuk lumat
2 biji cili hijau – dikerat 2
1 sudu makan biji sawi / halba campur (biji sawi+halba+jintan manis) – untuk rasa lebih sedap beli online disini
5-6 tangkai daun kari
3 biji tomato – potong 4
Bendi secukupnya – boleh juga letak terung bulat
2 paket kecil serbuk kari babas beli online disini
2-3 sudu makan serbuk cili – kalau rajin boleh kisar cili kering campur belacan beli online disini
1/2 cawan air asam jawa beli online disini
1 sudu teh santan beli online disini
Air masak secukupnya
Gula, garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan biji sawi. Tumis seminit.


2. Masukkan cili hijau. Tumis lagi sebentar.


3. Kemudian masukkan halia. Tumis seketika.
4. Seterusnya masukkan daun kari yang telah dicuci bersih. Tumiskan hingga naik bau.


5. Masukkan hirisan tomato. Tumis seminit.
6. Kemudian masukkan terung. Tumis sampai masak. (jika anda menggunakan terung. Kalau tidak, boleh langkau langkah ini)


7. Masukkan serbuk kari dengan serbuk cili. Masak sampai pecah minyak.


8. Masukkan air, tunggu sampai mendidih barulah masukkan air asam jawa.


9. Bila kuah kari telah mendidih, masukkan santan. Kacau sebati dan biarkan seminit.


10. Masukkan ikan dan bendi. Kacau-kacau dan kecilkan api. Tutup periuk dan biarkan mereneh dalam 3-4 minit.


11. Masukkan gula, garam dan perasa dengan secukupnya. Sebatikan.
12. Kari Ikan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Hasifah Che Mat

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN