Resipi Kacang Goreng Pedas, Kudapan Guna 4 Bahan Je

Share

Enaknya dapat menikmati kudap-kudapan kacang goreng. Apatah lagi, kacang goreng yang berperisa dan sedikit pedas. Dalam tak sedar, makan dah habis sebalang. Bukan sahaja sesuai buat untuk Hari Raya, untuk hari-hari biasa pun sesuai.

Letak sahaja balang di atas meja, sambil menonton tv pun dalam tak sedar mengunyah dah habis sebalang. Rasa kacang yang berlemak dan rangup, serta padanan tepung Bestari yang pedas memang ngam sangat.

Sedap tau kacang goreng pedas resipi perkongsian daripada Azie Surip ini. Bolehlah buat untuk Hari Raya nanti. Paling penting, lebih mesra poket.

BAHAN-BAHAN:

300g kacang tanah – Boleh beli online di sini

1 biji telur gred A

1 cawan tepung Bestari pedas (anggaran, kalau kurang boleh tambah) – Boleh beli online di sini

Minyak secukupnya (untuk menggoreng)

CARA MEMASAK:

Mula-mula, pecahkan telur. Gaulkan dengan kacang sampai rata.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaulkan kacang sampai semuanya bersalut elok dan kering. (Tepung mesti melekat kering pada kacang.)

Panaskan minyak. Gorengkan kacang sehingga masak. Sambil menggoreng, pisahkan kacang jangan bagi melekat.

Setelah semua siap digoreng, sejukkan dulu kacang sebelum simpan di dalam balang.

Silap-silap sebelum sempat Hari Raya, kacang goreng pedas dah habis sebalang. Maknanya, kena buat stok banyak berbalang-balang. Mudah je buatnya. Sedap pula tu. Selamat mencuba.

Kredit: Azie Surip

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN