Teringin nak makan Jagung Rebus Manis, jom buat sendiri di rumah. Lagi-lagi bila dah nak bulan puasa ni, bolehlah buat sebagai hidangan berbuka puasa nanti. Lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Gabungan rasa manis dan lemak-lemak yang cukup menyelerakan. Tambahkan Keju Chesdale di dalam hidangan. Keju ini diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi dengan kalsium dan protein. Ia juga buat makanan jadi lebih enak. Jom cuba.
JAGUNG REBUS MANIS
BAHAN-BAHAN:
4-6 tongkol jagung manis – potong dua
6 keping keju Chesdale
250ml Fernleaf Susu UHT
100gram Anchor Butter Unsalted
180gram susu pekat manis
½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus jagung dalam air yang banyak selama 10-15 minit. Setelah itu buang lebihan air rebusan.
Tuang Fernleaf Susu UHT, susu pekat manis lalu kacau rata.
Masukkan Anchor Unsalted Butter dan garam lalu kacau lagi.
Siapa sangka gabungan Serunding Tom Yam dan Makaroni Bakar mampu menghasilkan satu hidangan yang enak dan menyelerakan. Cukup segala rasa masam dan masin. Lebih enak apabila menggabungkan tiga jenis keju di dalamnya iaitu Keju Perfect Italiano Mozzarella, Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Keju Perfect Italiano Perfect Melt. Apabila menggunakan keju-keju ini, ia akan memberi hasil regangan yang sempurna, kerak perang keemasan yang memukau serta menaikkan rasa dalam hidangan. Kombinasi yang cukup mantap.
MAKARONI BAKAR SERUNDING TOM YAM
Bahan-bahan:
180gram makaroni – rebus al-dente
200ml Fernleaf Susu UHT
250gram campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella
Anchor Salted Butter secukupnya
Bahan-bahan Serunding:
100gram Anchor Salted Butter
200ml Anchor Cooking Cream
300gram daging – rebus dan siat-siat halus
2 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan cili kisar
2 helai daun limau purut – hiris halus
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak:
Untuk membuat serunding, cairkan mentega dalam kuali. Tumis cili kisar dan pes tomyam hingga wangi.
Masukkan daging dan Anchor Cooking Cream serta hirisan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukupnya. Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sempurna dan kering. Ketepikan.
Di dalam mangkuk besar, satukan makaroni, serunding tomyam, Fernleaf Susu UHT dan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella. Gaul sebati.
Sediakan bekas/casserole tahan panas. Sapu mentega secukupnya. Tuang campuran makaroni serunding tadi ke dalam bekas dan ratakan. Tabur lebihan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella dan lebihan hirisan daun limau purut.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 25-30 minit. Hidangkan panas.
Tak lengkaplah kalau tak buat Kari Udang Berkeju ni kan untuk berbuka puasa. Sangat enak, boleh dimakan dengan nasi atau pun roti. Nak lebih enak, tambahkan Anchor Cheddar Chese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium. Memang berbaloi.
KARI UDANG BERKEJU
Bahan-bahan:
300gm ekor udang
2 sudu besar Anchor Salted Butter
2 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari
4 ulas bawang putih | kisar
4 biji cili padi | kisar
1 cawan santan
1 batang serai
Air secukupnya
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter. Tumiskan bahan kisar dengan serbuk kari, masukkan daun kari dan serai hingga wangi.
Masukkan santan dan udang bersama sedikit air.
Akhir sekali, masukkan kejuAnchor Cheddar Cheese Slices serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Untuk anda yang sedang mencari menu ringkas untuk bersahur dan sesuai untuk anak-anak, cubalah buat Roti Telur Berkeju ni. Tambahkan coklat rice dan strawberi sebagai hiasan untuk menarik perhatian anak-anak. Pasti mereka tak sabar nak makan! Untuk menambah khasiat dalam hidangan ini, gunakan Keju Chesdale kerana ia tinggi kalsium dan protein yang sesuai untuk anak-anak. Jom cuba!
ROTI TELUR BERKEJU
Bahan-bahan:
6 keping roti
10-12 keping Keju Chesdale
4 biji telur
100ml Fernleaf Susu UHT
¼ sudu teh garam
Anchor Unsalted Butter secukupnya
Hirisan strawberi secukupnya
Coklat rice secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, satukan telur, Fernleaf Susu UHT dan garam. Pukul sebati.
Ambil sekeping roti celup dalam campuran telur.
Letak dua keping Keju Chesdale atas roti, tabur coklat dan tutup dengan sekeping lagi roti yang telah dicelup dengan telur.
Cairkan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Letak roti berkeju tadi dan masak hingga perang di kedua-dua bahagian.
Letak roti dalam pinggan, tabur coklat rice sepenuhnya. Hias dengan hirisan strawberi. Hidangkan.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!