Resipi Inti Karipap Kentang Sedap, Sesuai Buat Frozen

Share

Bagi yang sedang belajar buat karipap frozen resipi inti karipap kentang ini memang sesuai dijadikan panduan.

Intinya lembut, berperisa dan tak mudah berair bila dibekukan. Memang sedap bila digoreng garing untuk sarapan atau minum petang.

Resipi Inti Karipap Kentang Sedap, Sesuai Untuk Frozen

Bahan-bahan

5 kg kentang – kupas dan potong dadu kecil
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
Air secukupnya

Bahan kisar

3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar
5 sudu serbuk kari ayam – bancuh dengan sedikit air

Cara Penyediaan Inti Karipap

  1. Rebus kentang yang dipotong dadu hingga empuk, kemudian tapis airnya. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan cili kisar, kacau hingga cili masak dan pecah minyak.

4. Masukkan bancuhan serbuk kari, kacau rata sampai tumisan garing.

5. Tuang 1 jug kecil air. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kuah menjadi pes pekat. Tutup api.

6. Masukkan kentang rebus tadi ke dalam pes, gaul hingga rata. Biarkan sejuk sebelum digunakan sebagai inti.

TIP
  • Untuk karipap frozen, pastikan inti benar-benar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam kulit karipap supaya tidak cepat basi.
  • Jika suka lebih aroma, boleh tambah sedikit daun kari ketika menumis kari.
  • Inti boleh disimpan dalam peti sejuk beku hingga 2–3 minggu.

Kredit Resipi & Foto: Dahlia Ajja

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Rose