Jom cuba buat pes ikan pari bakar yang mudah ni. Maklumlah di bulan puasa ni, hidangan ikan bakarmemang antara sajian yang menjadi kegemaran ramai. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi pes ikan bakar ni memang sedap dan mudah disediakan. Malah nak bakar pun ada cara dan tak perlu guna arang pun. Resipi perkongsian saudari Rafiza Idayu ni sangat sesuai anda cuba!
PES IKAN PARI BAKAR MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
30 biji lada kering direbus
3 batang serai
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lengkuas
1 sudu kecil belacan
Limau kasturi
Sedikit asam jawa
Ikan pari
Daun pisang
3 sudu teh gula
2 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar.
2. Masukkan lengkuas, belacan dan sedikit air asam jawa.
Ads
3. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.
4. Kisar semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati. Pastikan pes pekat.
5. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.
6. Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan. Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.
Ads
7. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah.
8. Tutup ikan. Gunakan api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.
9. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Perah limau semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.
Bagi peminat sajian berasaskan Salmon, boleh cuba masak sendiri menuCreamy Butter Tuscan Salmon perkongsian saudari Zalina Zainalini. Mudah, sedap dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, hasilnya seakan menu yang dimasak di restoran mewah. Wow..Kalau beli ni, mahal harganya. Baiklah masak sendiri. Lebih jimat dan tentunya puas hati. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Tabur lada hitam secukupnya dan perah lemon ke atas kepingan salmon. Perap dalam 2-3 minit. 2. Panaskan pan dengan minyak zaitun untuk panggang ikan salmon. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
3. Seterusny panaskan pan dengan mentega dan tumis bawang putih serta bawang merah yang diracik hingga wangi. 4. Kemudian, masukkan cooking cream diikuti dengan keju parmesan. 5. Kalau nak kuah lebih, tambah air secukupnya tetapi jangan banyak sangat, nanti cair pulak. 6. Perasakan dengan garam secukup rasa. 7. Bila sudah mendidih, masukkan bayam, tomato dan ikan salmon yang telah siap dipanggang tadi.
8. Boleh hias dengan taburan daun rosemary atau parsley. 9. Creamy Butter Tuscan Salmon siap disediakan dan boleh dimakan bersama nasi putih panas.
Dua resipi ni sedap kemain, ni dia resipi siakap stim cendawan dan masak lemak sardin nanas. Resipi ringkas yang boleh membuat korang kecur air liur.
Resipi pertama siakap stim cendawan makin sedap dengan ramuan cendawan tiram. Dan yang kedua sardin masak lemak special weii dengan nenas. Boleh cuba keduanya sekali memang berbaloi-baloi enaknya.
SIAKAP STIM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersihkan
100gm cendawan tiram | carik kasar
100gm lada benggala | potong
40gm bawang besar | belah enam
5 ulas bawang putih | belah dua
2 inci halia | hiris halus
50ml sos ikan
5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
100ml kicap cair
10gm cili padi | hiris halus
5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK: 1. Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut. 2. Kemudian kukus ikan tadi selama 15 minit atau bergantung pada saiz ikan. 3. Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.
MASAK LEMAK SARDIN NANAS
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar sardin makarel |buang sosnya
200ml santan pekat
15gm cili padi
1 batang serai |titik
100gm nanas |dipotong
5gm kunyit hidup |kisar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan ke dalam periuk. Setelah itu masukkan kesemua bahan kisar. Kacau rata dan masak di atas api yang perlahan. 2. Masukkan hirisan nanas dan serai. Biar seketika dan kemudian barulah masukkan ikan sardin. Perasakan dengan garam secukupnya. 3. Kacau perlahan selama dua minit dan biar ia mereneh. Tutup api. 4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa masam nanas dan lemak santan serasi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan reneh Anggaran kos: RM113
Info chef: Gunakan sardin makarel kerana ia lebih keras dan tidak mudah hancur ketika dimasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa suka makan tenggiri jeruk ni? Ha…Selain sedap digoreng bersama bawang dan cili, tenggiri jeruk ini juga boleh digunakan untuk masak lauk Kailan Ikan Masin, Nasi Goreng dan sebagainya. Memang sedap! Tapi jika dibeli, satu botol tu harganya berbelas ringgit. Mahal kan? Sebenarnya puan-puan boleh buat tenggiri jeruk ni secara homemade. Caranya sangat mudah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Mahana Anzel Mua ni.
TENGGIRI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kepingan ikan tenggiri
Garam halus secukupnya (boleh juga guna garam kasar. Lebih elok.)
Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan dan lap dengan tisu bagi mengeringkan airnya. Jemur lebih kurang 4 jam.
2. Angkat ikan dan lumurkan dengan garam secukupnya. Lebih bagus jika guna garam kasar.
3. Seterusnya masukkan ikan ke dalam bekas berpenutup dan tuang minyak masak secukupnya.
4. Ikan yang telah siap dimasukkan minyak.
5. Tutup bekas dan biarkan ikan dijeruk selama beberapa hari. Simpan diluar sahaja dan tidak perlu diletak dalam peti sejuk.
6. Untuk menikmatinya, keluarkan ikan jeruk dan masak ikut citarasa anda.
TIP:
Untuk elak lalat kerumun sewaktu dijemur, renjis sedikit cuka pada ikan.
Jika buat ikan jeruk seekor ( tanpa potong), selepas dibersihkan, terus jemur. Kemudian barulah masukkan garam dalam perut ikan.
Minyak yang digunakan untuk jeruk ikan, boleh diguna kembali untuk menjeruk ikan lain.
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.