Resipi Ikan Bawal Tumis Taucu. Menu Mudah & Membuka Selera.

Share

Masak taucu memang enak. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama nasi panas. Tak perlu lauk lain dah. Taucu ni sedap kalau dimasak guna ikan yang isi lembut seperti kembung, kerisi, tenggiri dan bawal. Nak buatnya pun senang je. Jom cuba!

 

IKAN BAWAL TUMIS TAUCU

  • 1 ekor ikan bawal
  • 1/2 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 4 sudu makan taucu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 1/2 biji timun – hiris
  • 2 biji cili padi – tumbuk halus
  • Gula secukupnya
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan dan kelar sedikit. Lumurkan dengan garam serta serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Bagi meneydiakan sos taucu, pananskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, cili padi tumbuk serta halia hingga kekuningan.
  4. Seterusnya masukkan taucu. Masak lagi hingga naik bau.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili, gula, cili merah, bawang besar serta timun. Gaul rata.
  6. Bila sos kelihatan agak kering, tambah sedikit air. Biarkan mendidih dan timun sedikit lembut. Rasa kuah terlebih dahulu dan pastikan semua perasa seimbang.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
IKLAN