Resipi Homemade Cooney Dog, Sebijik Sama Macam Di Restoran!

Share

Rindukan hidangan cooney dog yang selalu makan di restoran A&W? Memandangkan sekarang musim PKP, memang tak boleh nak keluar sangat.

Jadi, apa kata kita buat sendiri cooney dog di rumah dengan resipi yang dikongsikan saudara Mohd Fadly ini.

Bila dah cuba buat dan makan, memang sebijik rasanya sama dengan restoran tersebut. Memang boleh buat meniaga sekali.

 

COONEY DOG

BAHAN-BAHAN SOS

Daging kisar paket (tak kisah jenama apa)
Bawang Holland | cincang – beli online di sini
Bawang putih | cincang halus
Sos pes tomato
Sos cili paket
Kicap caramel pekat
Cili powder
Beef stock
Daun bay kering
Garam
Gula perang – beli online di sini


Lada hitam
Cuka putih
Tepung jagung – beli online di sini
Serbuk jintan manis + serbuk jintan putih + ketumbar

BAHAN UNTUK DRESSING

Bawang Holland | cincang
Sosej
Roti hot dog
Cheddar Cheese (Option )

CARA-CARA:

1.Tumis bawang putih dengan minyak sampai naik bau. Jangan sampai hangus.
2.Kemudian, masukkan bawang holland dan daging kisar. Masak agar betul-betul hancur dan garing semua.
3.Lepas tu, masukkan daun bay agar buang bau hanyir dari daging tu. Bila dah garing, masukkan air panas dekat daging dalam kuali. Ikut citarasa kalau nak kuah banyak, lebihkan air tapi jangan air terlalu sedikit.
4.Masukkan semua sos cili, tomato, kicap, cili powder sedikit, beef stock, lada hitam, gula perang, garam, serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau dan biarkan ia mereneh.
5.Masukkan cuka putih (berhati-hati jangan sampai cuka cantas semua rasa daging) dan jangan terlalu banyak sebab cuka adalah untuk kekuatan dalam daging agar dapat level yang BEST untuk rasa.


6. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung untuk pemekat kuah. Selepas masuk tepung jagung, rasa akan mula berubah. Pada masa ni, cuba rasa tahap manis, masin agar seimbang.
7.Biarkan betul-betul mendidih (kalau under food safety adalah 4 jam tahap reneh supaya selamat dimakan kalau nak buat niaga)
8.Bila dah siap, nak simpan lama letak dalam chiller atau jadikan pes pun boleh.


9. Lepas dah masak, ketepikan kuah tadi.
10.Untuk roti, kukus sekejap sahaja. Begitu juga dengan sosej. Dalam 1 minit dah cukup.
11. Sebelum kukus, belah tengah roti namun jangan sampai putus dua. Hanya cukup letakkan sosej untuk selit tengah roti agar bila dah kukus, senang dibuka.


12.Lepas kukus, letakkan sosej dekat tengah-tengah roti. Lepas tu, letakkan sos cooney tu.
13. Taburkan bawang holland dan cheddar cheese. Ia sebagai pilihan untuk anda bagi lebih nilai bila nak meniaga. Orang nak sesuatu yang baru dalam Cooney Dog. Selamat mencuba!

*Satu petua: masak banyak-banyak lepas tu, masukkan dalam chiller. Sos ini boleh buat cicah dengan roti, dressing atas pizza, makan dengan apa pun BEST guys.
*Kalau nak jual, boleh letak harga RM6-RM7 satu

Kredit resipi & gambar: Mohd Fadly

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN