Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Homemade Yang Sedap & Mudah

Share

Sedapnya Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Kalau dibeli, harga agak mahal. Jadi apa kata buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh Azizi Zamani. Dapat hasilkan banyak dan memang puas makan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA BUAT HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

BAHAN KULIT TART

CARA MEMASAK:

1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.

2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.

3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.

4. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.

5. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.

6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.

7. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese.

BAHAN FILLING CREAM CHEESE

  • 250 gm cream cheese / krim keju
  • 200 gm isi durian
  • 40 gm mentega – beli online disini
  • 1 putih telur
  • 1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
  • 1 kuning telur untuk sapuan
  • 120 gm dairy whipping cream
  • 60 gm gula kastor

CARA MEMASAK:

1. Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk. (INFO RASA: jika tiada durian, boleh abaikan)

2. Whisk @pukul di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.

3. Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanila. Kacau rata. Kalau berketul, boleh kacau guna mixer hingga licin.

4. Masukkan ke dalam piping bag plastik dan picit ke dalam kulit tart.

5. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan kemudian barulah sapu kuning telur.

6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200c selama 6 minit.

7. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Azizi Zamani

 

Nak beli ACUAN TART? Pilih DISINI. Ada macam-macam saiz dan bentuk.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-odading-dari-indonesia-ni-memang-sedap-patutlah-viral/

https://www.rasa.my/resipi-odading-dari-indonesia-ni-memang-sedap-patutlah-viral/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN