Resipi Gulai Nangka Muda & Ayam Masak Lemak Cili Api, Ini Cara Buatnya

Share

Bosan dah ke makan biskut-biskut raya dan juadah raya? Apa kata cuba pula masak menu kampung yang tentunya menjadi pembuka selera seisi rumah. Gulai Nangka Muda Dan Ayam Masak Lemak Cili Api ini pasti sesuai untuk anda cuba. Masakan kampung macam inilah yang selaluya membuatkan kita makan bertambah-tambah. Ini resipi cara masak Gulai Nangka Muda Dan Ayam Masak Lemak Cili Api  yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim

RESIPI GULAI NANGKA MUDA DAN AYAM MASAK LEMAK CILI API


BAHAN-BAHAN TUMBUK:

Cili api/padi – beli online
Kunyit hidup – beli online
Garam – beli online

BAHAN-BAHAN LAIN:

1/2 ekor ayam
1 mangkuk nangka direbus lembut
1 keping asam keping – beli online
1 helai daun kunyit
1 biji setengah santan kelapa
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan ayam dan bahan tumbuk bersama daun kunyit dan asam keping.Gaul sebati dan biar sampai air ayam kering.

 

2. Masukkan santan dan nangka muda. Masak sehingga tahap kepekatan kuah yang disukai.

 

3. Boleh masak sehingga agak pekat dan sehingga kuah timbul minyak. Hidangkan.

Sumber kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN