Daging Salai Masak Lemak Cili Api Campur Petai Kikis memang sangat enak. Maklumlah, masakan asli Negeri Sembilan ni kan sememangnya terkenal. Selain menggunakan petai kikis, anda juga boleh tambah pelbagai campuran lain seperti pucuk ubi, asam belimbing, rebung, bacang, mangga muda dan banyak lagi. Ikut selera masing-masing. Nak cuba? Saudari SuiSan Aliezsha ada kongsikan resipinya. Moga bermanfaat!
1kg daging batang pinang
Kunyit
Segenggam cili api – ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
3 batang serai – dititik
1 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut – perah ambil pati santan (kelapa bergantung pada berapa kilo daging yang dimasak)
Petai – kikis kulit & rebus seketika. Hiris sedikit untuk tengok bahagian dalamnnya
Garam secukup rasa
1.Bersihkan daging, kelar dan gaul dengan serbuk kunyit. Kemudian salai daging guna sabut atau arang hingga kering.
2. Potong daging salai nipis-nipis. Ketepikan. Jika nak guna daging salai yang dibeli pun boleh.
3. Sediakan kuali dan masukkan daging salai, semua bahan tumbuk dan serai. Letak sedikit air dan rebus hingga daging empuk.
5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
6. Bila agak-agak kuah sudah hampir pekat, masukkan petai yang telah direbus. Kacau seketika.
Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official