Resipi Daging Masak Merah, Lauk Simple Tapi Menyelerakan

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi daging masak merah. Lauk ini sinonim dengan hidangan masakan Thailand. Kebiasaannya memang ada dihidangkan di kedai makan masakan Thai.

Jom kita lihat resipinya.

DAGING MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN
250 gram daging lembu
Air secukupnya
Sedikit pewarna merah
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu kecil cili boh
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
2 inci lobak merah (hiris nipis)
5 tangkai cili padi (potong 2)
1 sudu besar sos ikan
1 cawan air rebusan daging
1 biji tomato (potong kecil)
1/2 labu bawang holland (hiris)
Daun limau purut

CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, rebus seketul daging. Masukkan pewarna merah. Rebus sehingga daging lembut. Kemudian, angkat daging dan sejukkan.
2. Hiris daging. Ketepikan.
3. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng daging yang telah dihiris tadi. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak dalam kuali sehingga cukup-cukup untuk menumis sahaja.
5. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga agak garing.
6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi. Kacau seketika.
7. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau lagi.
8. Masukkan lobak merah, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Kacau lagi.
9. Akhir sekali, masukkan tomato, bawang holland dan daun limau purut. Kacau seketika, matikan api dan sedia dihidang.

Menyelerakan!
Sedap dimakan bersama nasi panas dan telur dadar.

Selamat mencuba!

IKLAN