Sedapnya Daging Masak Kandar Penang ni. Resipi yang sangat simple, mudah dan lazat. Sangat sedap dimakan dengan nasi putih, nasi tomato, nasi beriani dan sebagainya. Menurut saudari Suzana Raman, resipi ini sangat mudah dan sesuai untuk anak-anak dara yang baru nak belajar masak atau pun pengantin baru yang masih terkial-kial nak masak untuk suami. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK DAGING MASAK KANDAR PENANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris agak nipis lebih kurang 2 inci
35-40 tangkai cili kering | kisar halus
4 biji bawang besar | mayang halus. ( nak guna 5 biji pun boleh janji bawang sama banyak dengan daging
4 biji tomato | buang biji & potong kiub
1/2 botol kicap manis jalen | ni kena ubah suai sendiri ikut cita rasa masing-masing
2-3 tangkai daun kari
1/2 cawan air asam jawa | kena pandai agak supaya tidak terlalu masam
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa dan perasa jika suka
CARA MEMASAK: 1. Masukkan daging dan cili kering kisar ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Tambahkan juga kicap manis dan 1-2 pelepah daun kari. Perap selama 1 jam.
Ads
3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis hirisan bawang besar hingga keperangan dan wangi.
4. Masukkan tomato yang telah dipotong kiub dan lebihan daun kari. Masak hingga tomato layu.
5. Masukkan daging yang diperap tadi. Tambah sedikit air dan biarkan daging hingga empuk.
Ads
6. Teruskan mereneh daging hingga pecah minyak dan hilang bau cili.
7. Tambahkan air asam jawa. renehkan lagi hingga pekat. Guna api perlahan seperti proses memasak rendang.
8. Bila daging nampak mesra, perasakan dengan garam secukupnya ( jika perlu).
Ads
9. Matikan api dan tambahkan cili padi yang dibelah dua atau cili hijau yang dipatah-patahkan.
10. Sedia untuk dinikmati. Boleh tabur daun ketumbar dan sedikit bawang goreng sebagai hiasan
Air tangan bonda tidak pernah mengecewakan, memasak dengan hati ikhlas, sarat dengan petua menjadikan setiap hidanganya tidak mengecewakan, sedap tak terkata. Kini ilmu memasak diturunkan kepada anak-anaknya yang yang mengusahakan restoran.
Kali ini RASA bertuah dapat berkongsi air tangan Bonda Sharifah Norma Syed Mansur untuk beberapa resipi istimewa warisan turun temurun keluarga beliau untuk dikongsikan dengan anda semua.
AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
350gm isi dada ayam | potong dadu
200gm santan pekat
2 cawan air
1 tin cendawan butang
6 biji cili padi hijau
6 biji cili padi merah
1 batang serai | titik
1 tin cendawan butang. | belah dua
6 cili api hijau | hiris
6 cili api merah | hiris
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, , hirisan cili padi dan serai.
Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.
BAWAL BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
UNTUK IKAN BAKAR:
1 ekor ikan bawal | saiz sederhana
2 sudu makan minyak masak
Sedikit garam dan serbuk perasa
BAHAN KISAR:
1 biji cili merah
8 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
1/2 helai daun kunyit
BAHAN AIR ASAM
1biji bawang besar | potong dadu kecil
1 inci belacan| bakar
1/2 cawan air asam jawa | bancuh cair
2 biji limau kasturi |ambil airnya
1 cili merah | potong bulat
8 biji cili api | hiris
1 biji tomato | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan kemudian lumurkannya dengan bahan kisar tadi.
Perap ikan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum sedia dibakar.
Bakar ikan sambil sentiasa dipercikkan dengan minyak, supaya ikan tidak terlalu kering.
Bakar lebih kurang 8-10 minit.
Sementara itu sediakan air asam dengan cara campurkan semua bahan dalam mangkuk.
Gaul rata dan sebati kesemuanya.
Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidngkan bersama ikan bawal bakar tadi.
KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz sederhana | buang kulit ari, bersih dan toskannya
200gm beras pulut susu | rendam
150gm santan pekat campur 3 cawan air
1 tin cendawan butang dalam tin
1 batang serai | titik
1 helai daun pandan | carik-carik dan simpul
1 cili hijau | belah dua
1 cil merah | belah dua
10 cili api sebiji-sebiji
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR
1 batan serai
4buah keras
1/4 inci lengkuas
1/4 inci halia
1 bawang besar
2 bawang putih
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Asingkan kepala dan badan sotong
Sumbatkan pulut dalam badan sotong hingga 3/4 penuh.
Masukkan semula kepala sotong, kemudian kemaskan dengan lidi. Lakukan hingga sotong habis.
Sementara itu masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar.
Kacau rata dan masukkan sotong yang telah disumbat tadi.
Masak atas api perlahan hingga mereneh, masukkan cendawan, daun pandan, serai titik dan cili padi.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Terus memasak hingga kuah pekat (jika ingin kuah lebih pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung).
Sebelum angkat, masukkan hirisan cili merah dan hijau.
Tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong besar
2 keping asam gelugor
4-5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai | titik
1 inci lengkuas | titik
4-5 biji tomato ceri jika suka
Garam, gula dan perasa secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.
AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
1ekor ayam saiz kecil | belah empat
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
250ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
Renehkan atas atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.
Emping jagung atau popular disebut Cornflakes,bukan sahaja sedap dibuat biskut. Tapi boleh dijadikan ramuan masakan bergoreng. Ayam Goreng Crispy Corflakes ni memang berderap rangupnya.
Resipi dari perkongsian FB Khadijah Jaafar,pengasas Meester Muruku ni menggunakan bahan tepung yang digaul sendiri (bukan tepung segera). Ayam selepas dicelup dengan tepung, telur, lapisan akhir golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. Mana tak krap krup memakannya.
1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab. 2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. 3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk. 4. Celup ayam ke dalam tepung. 5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur. 6. Celup ayam ke dalam telur. 7. Golekkan ayam di dalam cornflakes. 8. Ulang sehingga ayam habis. 9. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.
Rindu nak makan Ayam Goreng Seringgit yang jual dekat gerai tu? Usah risau. Meh cuba buat sendiri di rumah. Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni memang mudah. Sesuai sangat anda cuba terutamanya bagi yang ada anak ramai.
RESIPI AYAM GORENG SERINGGIT
(resipi untuk 1 ekor ayam)
BAHAN A:
1 ekor ayam – potong 18
2 senduk tepung bestari perisa asli
Sedikit air
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN B:
500 gm tepung bestari asli
100 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibasuh bersih dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam goreng rangup yang sebenar.
2. Dalam bekas bersesuaian, masukkan tepung bestari. Tambah sedikit air. Pastikan kelikatannya tidak terlalu cair.
3. Gaulkan dengan ayam. Perap selama 5 jam.
4. Dalam bekas berasingan, satukan bahan-bahan B. Adun rata.
5. Ambil seketul ayam yang diperap tadi, lumurkan ke dalam campuran tepung. Tekap hingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak. Boleh salut 5-6 ketul sekaligus untuk sekali gorengan.
6. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam periuk. Empunya resipi goreng guna periuk kerana ia dalam dan boleh memuatkan minyak yang banyak. Ayam pun boleh masak dengan sekata.
7. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu persatu. Goreng guna api sederhana kuat. Balikkan ayam sekali sekala.
8. Bila ayam telah berwarna coklat keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!