Resipi Daging Masak Asam. Menu Mudah, Sedap & Wajib Cuba

Share

Wow…Menu Daging Masak Asam ni memang nampak menyelerakan. Sesuai sangatlah kalau sediakan untuk sajian keluarga pada bila-bila masa. Mudah, tak perlu masa yang banyak dan paling penting, sangat membuka selera. Bagi anda yang masih berfikir menu, cubalah lauk perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Sangat sempoi. Kalau nak lagi sedap, guna daging batang pinang. Barulah tak perlu rebus lama. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK DAGING MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – hiris nipis
2 biji bawang besar – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
Halia sebesar ibu jari – hiris
2-4 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – dicarik
1 cawan air asam jawa sederhana pekat
1 sudu besar jintan manis – tumbuk halus (empunya resipi kisar dengan air asam jawa) beli online disini
1/2 sudu makan garam
1 sudu teh gula
Sedikit bahan perasa jika suka
1 sudu makan serbuk kunyit beli online disini
2 1/2 cawan air
3 senduk minyak masak
Sedikit cili padi atau cili merah(untuk hiasan)

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, masukkan serai. Bila serai sudah agak garing, masukkan bahan-bahan hiris. Tumis hingga layu.


2. Masukkan daging. Masak guna api sederhana perlahan hingga air daging kering dan naik minyak.


3. Bila daging sudah elok naik minyak, masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan naik minyak.


4. Masukkan air. Bila kuah sudah mula kering, masukkan daun kunyit, cili besar, garam, gula dan bahan perasa(jika perlu).


5. Masak hingga pekat elok. Jika suka berkuah, boleh tambah 1/2 cawan air.


6. Daging Masak Asam siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN